Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia – Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas

ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia – Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas

Diterbitkan November 5, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini memperkenalkan ChatGPT Images 2.6 dengan keupayaan baharu untuk menghasilkan GIF animasi, selain penambahbaikan yang membolehkan imej dijana 50% lebih pantas berbanding sebelum ini.

Menerusi kemas kini ini, pengguna boleh menukar arahan teks atau imej sedia ada kepada GIF. Pengguna juga boleh melaraskan kelajuan animasi, menyunting setiap bingkai secara berasingan dan berkongsi GIF yang dihasilkan.

GIFS!

With ChatGPT Images 2.6, turn a prompt or image into an animated GIF.

Adjust the speed, edit individual frames, and share it on repeat. pic.twitter.com/i4hsLoapx3

— OpenAI (@OpenAI) November 4, 2026

Selain itu, Images 2.6 kini membolehkan pengguna menyimpan imej rujukan seperti gambar diri sendiri, haiwan peliharaan dan watak untuk digunakan semula dalam hasil ciptaan baharu, tanpa perlu memuat naiknya sekali lagi.

ChatGPT Images 2.6_1

Untuk pembangun, OpenAI turut menawarkan dua model imej baharu melalui API, iaitu GPT-Image-2.6 Flare dan GPT-Image-2.6 Sunburst.

Flare boleh menjana imej dalam tempoh seawal enam saat apabila tetapan kualiti ditetapkan kepada rendah. Model ini turut menambah baik kualiti susun atur bagi poster, imej produk dan bahan visual profesional yang lain.

Sementara itu, Sunburst menawarkan penjanaan imej berkualiti lebih tinggi serta konsistensi imej yang lebih baik merentas proses penyuntingan apabila tetapan kualiti ditetapkan kepada sederhana atau tinggi. Model ini sesuai untuk tugasan yang memerlukan perincian dan ketepatan lebih tinggi.

Two new image models for developers: GPT-Image-2.6 Flare and Sunburst.

Flare generates images in as little as six seconds. Sunburst brings higher-quality generation and greater consistency across edits.

Image markup and SVG exports give you more ways to refine and use what you… pic.twitter.com/unnKQKKxhu

— OpenAI (@OpenAI) November 4, 2026

Ciri penandaan imej yang sebelum ini tersedia dalam ChatGPT kini turut diperluaskan kepada API, membolehkan pembangun menandakan bahagian tertentu pada imej yang ingin diubah. Pembangun juga boleh mengeksport rekaan dalam format SVG supaya boleh digunakan pada laman web, aplikasi dan bahan cetakan.

Ketersediaan

ChatGPT Images 2.6 kini tersedia dalam ChatGPT dan Codex untuk semua pelan, menerusi web, desktop dan peranti mudah alih. Sementara itu, GPT-Image-2.6 Flare dan Sunburst turut tersedia untuk pembangun melalui API.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY