Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kajian Terkini Dedah Bateri EV Tahan Lebih Lama Berbanding Kereta ICE

Posted on Jun 25, 2025

Kajian terbaru oleh Geotab menunjukkan, bateri kenderaan elektrik (EV) kini terbukti lebih tahan lama berbanding sebelum ini.

Berdasarkan analisis data daripada lebih 10,000 kenderaan elektrik (EV) di AS, penyelidik Geotab mendapati degradasi tahunan purata bateri EV hanya 1.8% kapasiti sahaja setahun — lebih rendah daripada 2.3% pada 2019 dahulu.

Ini bermakna bateri EV boleh bertahan lebih 20 tahun jika diselenggara dengan baik.

Ini merupakan kadar degradasi bateri EV yang sangat rendah berbanding andaian lama yang menyangka bateri EV cepat rosak atau perlu diganti awal.

Malah kadar kegagalan bateri kekal di bawah 0.5%, menunjukkan kebolehpercayaan sistem bateri EV adalah sangat tinggi.

Penemuan ini mencabar mitos lama yang mengatakan bahawa EV tidak tahan lama dan kos penyelenggaraan, terutamanya penggantian bateri, sebagai sangat mahal.

Terdapat beberapa faktor yang memberi kesan terhadap hayat bateri EV.

Antara faktor utama yang mempengaruhi ketahanan bateri ialah faktor iklim dan tabiat pengecasan.

Bateri yang dicas perlahan (seperti menggunakan pengecas Level 2) dan digunakan dalam suhu sederhana (tidak terlalu panas atau sejuk) menunjukkan kadar degradasi yang lebih perlahan.

Sebaliknya, pengecasan pantas secara kerap, terutama dalam cuaca panas, boleh mempercepatkan penurunan hayat bateri.

Kajian ini juga mendapati, EV yang digunakan secara aktif tidak semestinya mengalami degradasi lebih cepat, selagi pengecasan pantas diminimumkan.

Malah, 75% kenderaan komersial ringan kini boleh digantikan dengan EV setara, dengan penjimatan mencecah  $15,900 (~ RM74,800) sepanjang  hayatnya.

Ini membawa maksud bahawa kos pemilikan keseluruhan EV adalah jauh lebih rendah berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE – Internal Combustion Engine).

Geotab turut membandingkan sistem penyejukan bateri dalam Tesla Model S (penyejukan cecair) menunjukkan kadar degradasi 2.3%, manakala Nissan Leaf (penyejukan udara) mencapai 4.2%.

Dengan penambahbaikan teknologi dan pengurusan haba bateri, kajian ini menyokong hujah kukuh untuk peralihan kepada EV, terutamanya bagi kegunaan komersial yang ingin mengurangkan pelepasan karbon dan kos jangka panjang.

Dapatan ini sekali gus memberikan lagi keyakinan kepada pengguna bahawa EV kini lebih tahan lasak, kos efektif, dan sesuai untuk penggunaan jangka panjang, menggalakkan lebih ramai pengguna untuk beralih kepada kenderaan elektrik.

{suggest}

Sumber: Geotab

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress