Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple rice_AppleHub

Jangan Letak iPhone Basah Dalam Beras – Apple

Diterbitkan Februari 20, 2024 · Dikemas kini April 29, 2025 oleh Amalina Athman

Selama bertahun-tahun, kita mungkin pernah mendengar atau menggunakan kaedah popular untuk mengeluarkan cecair dan mengeringkan telefon – iaitu memasukkan telefon dalam bekas berisi beras, tutup dan tunggu sehingga satu hari atau lebih.

Walaupun ada yang mengatakan kaedah itu berkesan, penyelidik mendakwa bahawa itu semua mitos dan beras sebenarnya tidak mengeringkan telefon dengan lebih cepat serta boleh melambatkan proses.

Kini, Apple turut menasihatkan pengguna untuk tidak meletakkan iPhone yang basah dalam beras.

Berkaitan

  • "Jangan Letak iPhone Di Bawah Bantal Ketika Dicas" - Apple
  • Syarikat Pemula Malaysia Ini Diiktiraf Baik Pulih Pelbagai Produk Apple Dan realme

Dalam dokumen sokongan Apple, ia secara teknikal menggariskan panduan yang perlu dan tidak boleh dilakukan apabila menerima peringatan terdapat cecair pada iPhone.

Jangan Letak iPhone Basah Dalam Beras – Apple
Jangan Letak iPhone Basah Dalam Beras – Apple

Antara perkara yang tidak boleh dilakukan jika iPhone basah, Apple mengatakan,

Jangan letakkan iPhone anda dalam beg berisi beras. Tindakan ini boleh menyebabkan zarah-zarah kecil beras merosakkan iPhone anda.

Apple juga menggesa pengguna agar tidak mengeringkan iPhone menggunakan sumber haba luaran atau udara termampat. Selain itu, tidak memasukkan bendasing seperti kapas atau tisu dalam port sambungan Lightning atau USB-C.

Perkara yang perlu dilakukan jika iPhone basah

Sebaliknya, Apple mencadangkan beberapa langkah berikut untuk mengeringkan iPhone yang basah:

  1. Tap iPhone perlahan-lahan menggunakan tangan dengan port sambungan menghadap ke bawah untuk mengeluarkan cecair berlebihan (seperti mengeluarkan air dari telinga). Biarkan iPhone di kawasan kering dengan sedikit aliran udara.
  2. Selepas 30 minit, cuba cas dengan kabel Lightning atau USB-C atau sambungkan pada aksesori.
  3. Jika melihat peringatan di skrin lagi, tinggalkan iPhone di kawasan kering dengan sedikit aliran udara selama sehari. Pengguna boleh mencuba lagi untuk mengecas atau menyambungkan aksesori sepanjang tempoh tersebut.
  4. Cabut kabel pengecas dan sambung semula jika telefon kering tetapi masih tidak dicas.

Sekiranya kaedah tersebut masih tidak berkesan, sebaiknya pengguna menghubungi Apple Support untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Apple Support, via Macworld

Gambar utama: Apple Hub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY