Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone se 3

iPhone SE Mungkin Tidak Dilancarkan Sehingga 2024

Diterbitkan Jun 21, 2023 · Dikemas kini Jun 21, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Apple mungkin tidak akan melancarkan iPhone SE ke-4 pada tahun 2024, berdasarkan maklumat diperoleh 2 penganalisis.

Dua orang penganalisis tersebut ialah Blyane Curtis dan Tom O’Malley dan dapatan ini disimpulkan setelah mereka mengumpul informasi daripada syarikat dalam rantaian bekalan Apple.

Ini selari dengan apa dilaporkan Ming-Chi Kuo sebelum ini.

iPhone SE_2

Antara puncanya ialah Apple yang masih belum bersedia mengeluarkan modem 5G sendiri.

Sehingga sekarang, modem 5G dalam iPhone dibekalkan oleh Qualcomm.

Apple sudah merancang untuk membangunkan modem 5G sendiri sejak 2018. Pada 2019, Apple membeli majoriti pegangan perniagaan Intel untuk bahagian modem mudah alih.

iPhone SE Mungkin Tidak Dilancarkan Sehingga 2024

Ming-Chi Kuo pada bulan April lalu mengatakan pengilangan modem tersebut akan bermula seawal 2025 dan iPhone 16 masih akan kekal dengan model Qualcomm.

Berkaitan

  • Kuo: Apple Mungkin Batal Atau Tangguhkan Pengeluaran iPhone SE 4
  • Kuo: Apple Batal Rancangan Pelancaran iPhone SE Pada 2024
  • Kuo: iPhone SE Belum 'Mati', Rupa Dan Spesifikasi Sama iPhone 14
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”

iPhone SE ke-4 kelak dijangka hadir dengan reka bentuk seperti iPhone 14, menjadikan ia SE pertama dengan rekaan takuk dan ciri Face ID.

iPhone 14 kuning

Imbas kembali, iPhone SE ke-3 pada tahun 2022 hadir dengan skrin LCD 4.7 inci dan A15 Bionic.

Sumber: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY