Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ura-Ura: Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Menyokong iOS 18

Ura-Ura: Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Menyokong iOS 18

Diterbitkan Februari 28, 2024 ยท Dikemas kini Februari 28, 2024 oleh Amalina Athman

iOS 18 akan menyokong model iPhone yang sama seperti iOS 17, menurut satu sumber dengan rekod yang agak baik dalam membocorkan maklumat mengenai kemas kini iOS.

Berkaitan

  • Kod Awal iOS 18 Dedahkan Semua Model iPhone 16 Akan Dilengkapi Cip A18
  • Gurman: iOS 18 Dijangka Terima Kemas Kini Terbesar Dalam Sejarah iPhone
  • iPhone 16 Dilapor Bakal Tampilkan Prestasi AI Lebih Pantas

Senarai peranti berkenaan telah dikongsi di platform X oleh akaun peribadi, tetapi siaran itu kini dipadamkan.

Memetik MacRumors, banyak siaran yang dipadamkan oleh akaun berkenaan sebelum ini mengandungi maklumat yang tepat.

Sekiranya khabar angin ini tepat, iOS 18 akan serasi dengan model iPhone yang sama seperti iOS 17:

  • Siri iPhone 15
  • Siri iPhone 14
  • Siri iPhone 13
  • Siri iPhone 12
  • Siri iPhone 11
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone SE (generasi kedua)
  • iPhone SE (generasi ketiga)

Sumber yang sama juga menjangkakan iPadOS 18 akan menggugurkan sokongan untuk model iPad dengan cip A10X Fusion.

Apple dijangka mengumumkan iOS 18 pada persidangan pembangun tahunannya WWDC pada bulan Jun, dan kemas kini itu akan dikeluarkan seawal bulan September.

Setakat ini, iOS 18 dikhabarkan bakal menjadi antara kemas kini terbesar untuk iPhone, termasuk menyertakan ciri AI generatif untuk Siri, perubahan antara muka dan sebagainya.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY