Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
china drone robot jalan

China Siapkan Projek Lebuh Raya Tanpa Pemandu Sepenuhnya, Hanya Dron Dan Robot

Diterbitkan Oktober 18, 2024 · Dikemas kini Oktober 21, 2024 oleh ariff bukhari

China telah berjaya menyiapkan projek pembinaan lebuh raya tanpa pemandu sepenuhnya yang pertama di dunia pada petang 27 September 2024 lalu.

Projek pembinaan lebuh raya itu hanya menggunakan dron pembinaan berautonomi untuk menurap dan meratakan jalan merentasi sepanjang 157.79km di Lebuhraya Beijing-HK.

Pekerja manusia yang berada di sana hanya untuk memerhati dan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika projek berjalan.

Pembinaan itu menggunakan pelbagai jentera berat pembinaan jalan raya berautonomi dari Sany Group, termasuk penurap selebar 20 meter, enam penggelek roda keluli berganda 13 tan dan tiga penggelek roda getah 30 tan.

china drone robot jalan 2
china drone robot jalan 1
sany dron

Projek itu diselia oleh Hubei Communications Investment, kontraktor am projek China Railway 11th Bureau dan unit pembinaan Liaoning Guotai Road and Bridge. Semua kumpulan ini dimiliki oleh kerajaan China.

Kumpulan dron Sany yang digunakan dalam projek ini melalui algoritma penjejakan laluan berketepatan tinggi dan sistem kedudukan penderiaan diri berketepatan tinggi yang dibangunkan sendiri, boleh mengenal pasti dan mengesan batu tepi dengan tepat.

Tiada penggelek kecil diperlukan untuk pemangkasan tepi, dan permukaan jalan terbentuk dalam satu langkah, meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja.

Kejayaan ini menunjukkan pembinaan jalan raya pada masa depan kelihatan semakin automatik, cekap dan inovatif.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Intel Mula Hentikan 1,300 Pekerja Selepas Alami Kerugian Besar
  • UM Jadi Universiti Awam Pertama Guna Wi-Fi 7 Berkuasa AI Di Malaysia

Sumber: GPC Systems, Algora

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY