Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuasa EV China, Pendapatan BYD Atasi Tesla

BYD Lancar Sistem Parkir Autonomi Tahap 4, Janjikan Pampasan Jika Sistem Gagal

Diterbitkan Julai 16, 2025 · Dikemas kini Julai 16, 2025 oleh ariff bukhari

Pengeluar kenderaan tenaga baharu terbesar dunia, BYD, telah memperkenalkan ciri parkir autonomi tahap 4 untuk sistem bantuan pemanduan canggihnya, God’s Eye ADAS.

Ciri ini membolehkan kereta diparkir sepenuhnya tanpa campur tangan manusia dalam situasi tertentu.

Apa yang lebih menarik adalah, BYD berjanji akan menanggung sepenuhnya segala kerugian termasuk kos pembaikan, kerosakan harta, dan kecederaan jika berlaku insiden semasa fungsi parkir autonomi digunakan, tanpa perlu melibatkan tuntutan insurans.

BYD menyatakan sistem ini memenuhi piawaian global untuk autonomi, di mana tawaran jaminan ini sekali gus menunjukkan betapa yakinnya mereka terhadap teknologi itu.

BYD God’s eye levell 4

Kemaskini ini turut memperkenal fungsi tiga kelajuan parkir yang akan dihantar melalui kemas kini OTA (over-the-air) kepada model God’s Eye B dan C.

Selain parkir, BYD juga akan melancarkan kemas kini terbesarnya untuk meningkatkan prestasi pemanduan dan keselamatan keseluruhan sistem God’s Eye.

Sejak pelancaran pada Februari 2025 lepas, lebih 1 juta kenderaan telah dilengkapi God’s Eye, meliputi model mampu milik.

Ini menjadikan BYD peneraju global dalam memperluas teknologi pemanduan autonomi.

Berkaitan

  • Penyelidik Dedah Perbezaan & Kelebihan Utama Antara Bateri BYD Dan Tesla
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Data Terbaru Buktikan EV Lebih Bersih Daripada ICE

Sumber: Interesting Engineering

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY