Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BYD Lancar Kapal Pengangkut Kereta Terbesar Di Dunia, Boleh Bawa 9,200 EV

BYD Lancar Kapal Pengangkut Kereta Terbesar Di Dunia, Boleh Bawa 9,200 EV

Diterbitkan Januari 21, 2025 · Dikemas kini Januari 21, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat automotif China, BYD Auto, telah melancarkan kapal pengangkut kenderaan terbesar di dunia yang dikenali sebagai “BYD Shenzhen.”

Kapal pengangkut itu yang menggunakan bahan api konvensional dan LNG serta  bateri BYD untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon, mampu membawa sehingga 9,200 kereta.

BYD Lancar Kapal Pengangkut Kereta Terbesar Di Dunia, Boleh Bawa 9,200 EV
Kapal ini dinamakan BYD Shenzhen sempena dengan nama tempat kelahiran syarikat itu.
Kapal ini sepanjang 219 m dan lebar 37.7 m, mempunyai kelajuan maksimum 18.5 knot (~34 km/j).

Kapal ini adalah sebahagian daripada usaha BYD untuk memperluaskan pasaran globalnya, menyusuli peningkatan jualan tahun lalu.

Sejak 2024, BYD telah melancarkan empat kapal ro-ro, termasuk BYD Explorer No. 1, BYD Changzhou, dan BYD Hefei, yang masing-masing boleh membawa sehingga 7,000 kenderaan.

Kapal-kapal ini telah membuat penghantaran EV syarikat itu ke Eropah, Brazil, dan pasaran global lain.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Pembangunan Tayar Kenderaan Kini Menggunakan Mesin Simulator
  • iPhone 17 Dijangka Terima Naik Taraf Sistem Penyejukan

Sumber: Interesting Engineering

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY