Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bukan Sahaja AS Dan Eropah, OnePlus Dilapor Bakal Berundur Dari India Dan Beberapa Pasaran Lain

Posted on Julai 16, 2026

Selepas muncul laporan awal mengenai kemungkinan OnePlus berundur dari pasaran Amerika Syarikat dan Eropah, perkembangan terbaru kini menunjukkan langkah tersebut mungkin melibatkan lebih banyak pasaran global.

Menurut laporan Bloomberg, OnePlus bukan sahaja berdepan kemungkinan menghentikan operasi di Amerika Syarikat dan Eropah, malah turut merancang untuk keluar dari pasaran India serta beberapa pasaran lain menjelang 2027.

Bagaimanapun, OnePlus dijangka masih meneruskan operasinya di China buat masa ini, berbeza dengan realme, satu lagi jenama telefon pintar di bawah OPPO, yang turut dilaporkan akan keluar dari pasaran China.

It's true: Android phone maker OnePlus will shut down in the US and Europe as early as this week. It's also planning to exit India and elsewhere outside China in 2027. More details here: https://t.co/jf06P9Gfy5

— Mark Gurman (@markgurman) July 15, 2026

Untuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah, laporan itu menyatakan operasi OnePlus mungkin dihentikan seawal minggu ini sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula yang lebih besar oleh syarikat induknya, OPPO.

Perubahan strategi ini dipercayai berlaku susulan cabaran yang dihadapi OPPO dalam perniagaan telefon pintar, termasuk prestasi yang semakin perlahan di beberapa pasaran seperti Amerika Syarikat, Eropah dan India. Terdapat juga kebimbangan geopolitik berkaitan jenama China yang menjual telefon pintar di Amerika Syarikat, selain saman Apple berkaitan rahsia dagangan.

Walaupun OPPO masih mempunyai kedudukan lebih kukuh di China, ia masih berada di belakang peneraju pasaran seperti Huawei dan Apple. Peningkatan kos memori serta harga telefon pintar yang semakin mahal turut menyebabkan jualan telefon pintar menjadi perlahan.

Kekurangan komponen turut menyukarkan pengeluar telefon menghasilkan model mampu milik, yang sebelum ini menjadi fokus utama siri OnePlus Nord.

OnePlus sebelum ini dikenali sebagai jenama yang berjaya mencuri perhatian peminat Android menerusi telefon pintar berprestasi tinggi pada harga lebih kompetitif. Namun, pengaruh OnePlus semakin merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila persaingan dalam pasaran telefon pintar menjadi semakin sengit.

Jika laporan ini benar, pengunduran OnePlus dari beberapa pasaran utama global akan menjadi perubahan besar kepada jenama yang pernah dianggap sebagai antara pencabar utama dalam ekosistem Android.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress