Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APPLE MAPS iOS26

Bloomberg: Apple Akan Papar Iklan Dalam Hasil Carian Di Apple Maps

Diterbitkan Mac 24, 2026 · Dikemas kini Mac 24, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan merancang untuk menambah iklan dalam hasil carian di aplikasi Apple Maps, sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas untuk menjana pendapatan daripada perkhidmatan.

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, Apple dijangka memperkenalkan iklan dalam aplikasi Maps untuk peranti mudah alih dan versi web. Iklan ini, yang dilaporkan mungkin diumumkan seawal bulan ini sebelum dilancarkan pada musim panas, membolehkan peniaga membida untuk mendapat kedudukan tertinggi dalam hasil carian Apple Maps.

Ini bermakna, jika sebuah restoran memenangi bidaan untuk kata “sushi” atau “pizza”,  lokasinya boleh diberikan keutamaan dalam hasil carian berbanding perniagaan lain yang relevan.

Secara asasnya, ia kelihatan seperti iklan di App Store. Namun, berbeza dengan slot tajaan untuk pemasangan aplikasi, hasil carian Apple Maps bakal memaparkan perniagaan yang ditaja.

Berkaitan

  • Apple Pertimbang Tambah Iklan Dalam Aplikasi Maps
  • Apple Maps Kini Sokong Arah Laluan Transit Di Malaysia, Lengkap Dengan ETA
  • Apple Akan Paparkan Lebih Banyak Iklan Dalam Carian App Store
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Maps Perkenal Ciri AI Ask Maps, Kemas Kini 'Immersive Navigation'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY