Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Maps transit malaysia_1

Apple Maps Kini Sokong Arah Laluan Transit Di Malaysia, Lengkap Dengan ETA

Diterbitkan Mei 23, 2025 ยท Dikemas kini Mei 23, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini memperluas perkhidmatan Apple Maps di Malaysia dengan sokongan arah laluan transit di beberapa bandar utama.

Bermula hari ini, pengguna boleh merancang perjalanan di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru menggunakan pelbagai pilihan pengangkutan awam. Ciri ini turut menyediakan sokongan untuk perjalanan rentas sempadan dan ke lapangan terbang, lengkap dengan jadual waktu dan anggaran masa ketibaan (ETA).

Antara perkhidmatan yang disokong termasuk BRT Sunway Line, pelbagai jenis bas, serta feri seperti Feri Alibaba Pulau Ketam dan Penang Ferry.

Untuk perkhidmatan rel, pengguna boleh akses maklumat perjalanan KLIA Ekspres, KLIA Transit, KTM ETS, KTM Intercity dan KTM Komuter. Turut disokong ialah rangkaian LRT dan MRT seperti Laluan Ampang, Kelana Jaya, Sri Petaling, Kajang dan Putrajaya.

Selain itu, Apple Maps juga menyokong perkhidmatan khas seperti Monorel KL, kereta api funikular Bukit Bendera serta kereta kabel di Resorts World Genting.

Apple Maps Kini Sokong Arah Laluan Transit Di Malaysia, Lengkap Dengan ETA

Untuk gunakan arah laluan transit, buka aplikasi Maps di iPhone, iPad atau Mac. Taip destinasi yang ingin dituju di ruangan carian, kemudian tekan butang “Directions”.

Seterusnya, pilih tab “Transit” yang ditunjukkan dengan ikon kereta api. Melaluinya, pengguna boleh melihat pilihan pengangkutan awam berdasarkan waktu bertolak, ETA dan bilangan pertukaran bas atau kereta api.

Bagi memudahkan perjalanan , Apple Maps juga akan memaparkan waktu bertolak yang dijadualkan serta panduan berjalan kaki ke dan dari hentian pengangkutan.

Ciri ini berfungsi dengan lancar bersama ciri lain seperti integrasi kalendar, Siri dan Apple Watch. Pengguna juga boleh tandakan laluan kegemaran, terima notifikasi untuk pertukaran pengangkutan, serta ikuti kemas kini masa nyata apabila tersedia.

Berkaitan

  • Apple Maps Kini Tersedia Untuk Versi Web
  • Google Maps Kini Lebih Pintar Dengan Integrasi AI Gemini
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Apple Dedah Ciri Aksesibiliti Baharu Dalam iOS 19

Sumber: lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY