Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
App Store Apple_1

Apple Akan Paparkan Lebih Banyak Iklan Dalam Carian App Store

Diterbitkan Disember 19, 2025 · Dikemas kini Disember 19, 2025 oleh Amalina Athman

Apple akan memperkenalkan lebih banyak iklan di App Store bermula tahun hadapan.

Menurut kemas kini di Apple Ads, iklan tambahan akan dipaparkan merentasi carian di App Store. Apple menjelaskan carian merupakan cara utama kebanyakan pengguna mencari dan memuat turun aplikasi di App Store, dengan hampir 65% muat turun berlaku sejurus selepas carian.

“Bagi membantu pengiklan mendapatkan lebih banyak peluang untuk mendorong muat turun melalui hasil carian, Apple Ads akan memperkenalkan iklan tambahan merentasi carian.”

Dari segi pelaksanaan, format iklan akan kekal sama. Pengiklan dan pembangun juga tidak akan melihat sebarang perubahan pada kaedah bil, yang kekal berasaskan model kos per klik atau kos per pemasangan.

Apple Akan Paparkan Lebih Banyak Iklan Dalam Carian App Store

Setiap iklan akan dipaparkan di kedudukan sedia ada, iaitu sama ada di bahagian teratas atau bawah hasil carian.

Berkaitan

  • App Store Kini Gunakan Penarafan Umur Lebih Terperinci
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Hong Leong Bank Kini Sokong Apple Pay - Ini Cara Tambah Kad Ke Apple Wallet
  • Pembangun Di Jepun Kini Boleh Edar Aplikasi iOS Melalui Stor Alternatif

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY