Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple maps

Apple Pertimbang Tambah Iklan Dalam Aplikasi Maps

Diterbitkan Februari 17, 2025 · Dikemas kini Februari 17, 2025 oleh Amsyar Latif

Apple kini sedang meneliti kemungkinan untuk menambah iklan carian dalam aplikasi Apple Maps, menurut laporan Bloomberg oleh Mark Gurman.

Ia merupakan strategi yang dijangka dapat meningkatkan pendapatan perkhidmatan Apple.

Terdahulu, Apple pernah memulakan pembangunan ciri ini, namun tidak meneruskannya.

Kali ini, Apple dikatakan sedang mempertimbangkan semula idea tersebut, tetapi belum memulakan sebarang pembangunan perisian.

Jika dilaksanakan, iklan dalam Apple Maps tidak akan berbentuk banner, sebaliknya dalam bentuk hasil carian berbayar.

Sebagai contoh, restoran makanan segera boleh membayar Apple untuk muncul di bahagian atas carian apabila pengguna mencari “burger” atau “fries”.

Jangan terkejut, pendekatan ini diikutkan sudah digunakan dalam aplikasi lain seperti Google Maps dan Waze.

Buat masa sekarang Apple sudah pun menampilkan iklan carian dalam App Store, di mana pembangun aplikasi boleh membayar untuk mempromosikan aplikasi mereka.

Sebagai selingan, pendapatan Apple sebenarnya banyak datang dari perkhidmatan berbanding produk. Jadi, tidak mustahil Apple akan berbuat demikian.

Berkaitan

  • Perniagaan Apple Terus Berkembang, Lebih 60% Langgan iCloud Berbayar
  • Apple Maps Kini Tersedia Untuk Versi Web
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Alibaba Sahkan Kerjasama Dengan Apple Untuk Tawar Ciri AI Di China

Sumber: macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY