Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Maps Perkenal Ciri AI Ask Maps, Kemas Kini ‘Immersive Navigation’

Google Maps Perkenal Ciri AI Ask Maps, Kemas Kini ‘Immersive Navigation’

Diterbitkan Mac 13, 2026 · Dikemas kini Mac 13, 2026 oleh Amalina Athman

Google hari ini memperkenalkan ciri baharu dalam Google Maps yang dikuasakan oleh Gemini, dinamakan “Ask Maps”, berserta kemas kini pada “Immersive Navigation” yang membawa pengalaman 3D lebih realistik dengan panduan suara semula jadi, butiran jalan, dan banyak lagi.

Ask Maps

Dengan Ask Maps, pengguna boleh bertanya soalan kompleks dalam bahasa biasa, contohnya di mana mereka boleh mengecas telefon tanpa menunggu lama atau mencari padang tenis awam yang bercahaya untuk bermain malam ini. Ciri ini juga memudahkan perancangan perjalanan, seperti cadangan persinggahan atau tips daripada pengguna sebenar ketika menuju ke destinasi popular.

Sebelum ini, pengguna terpaksa melakukan banyak carian dan menapis ulasan satu persatu untuk mendapatkan maklumat sebegini.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/03/13092209/Query_5__Arizona__1080x1080.mp4

Menurut Google, ciri ini menyesuaikan jawapan berdasarkan lokasi yang dicari atau disimpan pengguna. Contohnya, jika bertanya mengenai restoran, Ask Maps boleh mencadangkan tempat yang sesuai dengan pilihan makanan atau keselesaan lain yang biasa digunakan.

The way you use Google Maps will never be the same.

Introducing Ask Maps, a new way for you to ask anything about anywhere, with help from the latest Gemini models. Rolling out now on Android and iOS in the US and India. pic.twitter.com/AcPx4jvuHR

— Google Maps (@googlemaps) March 12, 2026

Ciri ini sudah mula diperkenalkan di Amerika Syarikat dan India bagi Android dan iOS, dengan versi desktop akan menyusul.

Immersive Navigation

Kemas kini “Immersive Navigation” pula memperkenalkan paparan 3D yang memaparkan bangunan, jejambat dan rupa bumi, serta butiran jalan seperti lorong, lampu isyarat, dan papan tanda berhenti. Fungsi ini membantu pemandu melihat laluan lebih jauh dengan zum pintar dan paparan bangunan lutsinar, supaya lebih bersedia untuk selekoh atau pertukaran lorong.

Immersive Navigation_1
Immersive Navigation_2

Panduan suara dalam Maps juga lebih semula jadi. Sebagai contoh, ketika keluar dari lebuh raya, arahan seperti “Terus melepasi susur ini dan ambil susur seterusnya ke Illinois 43 South” akan diberikan.

Maps juga akan menerangkan pilihan laluan alternatif dan memberi amaran tentang gangguan jalan seperti pembinaan atau kemalangan, menggunakan data daripada komuniti Google Maps.

Immersive Navigation_3

Selain itu, pengguna boleh melihat destinasi dan persekitarannya melalui Street View sebelum bergerak, termasuk cadangan tempat letak kereta, pintu masuk bangunan dan sisi jalan yang sesuai.

Ciri Immersive Navigation mula diperkenalkan di Amerika Syarikat dan ketersediaannya akan diperluas dalam beberapa bulan akan datang untuk peranti iOS dan Android yang layak, CarPlay, Android Auto dan kereta dengan built-in Google.

Berkaitan

  • Google Maps Perkenal Ciri AI Untuk Carian Stesen Pengecas EV
  • Google Maps Kini Lebih Pintar Dengan Integrasi AI Gemini
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Selepas Hampir 20 Tahun, Korea Selatan Akhirnya Benarkan Data Peta Untuk Google Maps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
©2026 WISER.MY