Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PL Reveal_1034x600_Blog Header_EN

Era Baharu, Football Manager Dapat Lesen Premier League

Diterbitkan Jun 12, 2024 · Dikemas kini Jun 12, 2024 oleh Amsyar Latif

Football Manager (FM) merupakan permainan simulasi pengurusan bola sepak popular yang pada mulanya hadir untuk PC, kemudian konsol serta telefon pintar. Kini, Premier League dan Sports Interactive, akhirnya mengumumkan kerjasama dengan menandatangan hak pelesenan selama empat tahun.

Melaluinya, Football Manager 2025 (FM25) yang bakal dilancarkan nanti secara rasminya menawarkan liga popular dunia, iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Future editions of FM will now see all 20 teams fully licensed, across all our titles, unlocking a place to create iconic Premier League moments of your own.

Bagi yang tidak tahu, sebelum ini Premier League menggunakan nama English Premier Division. Disebabkan tiada hak pelesenan, kelab dalam English Premier Division menggunakan nama lain. Ini termasuk logo kelab, kit pemain serta wajah pemain. Kelab Manchester City dan Brighton sahaja yang mempunyai lesen dalam FM24.

Namun, dengan memperoleh lesen Premier League, secara tidak langsung EPL akan hadir dengan logo rasmi, kit serta wajah pemain yang sebenar. Malah, kesemua versi FM25 akan dilengkapi dengannya — PC, konsol dan telefon pintar.

Buat masa sekarang, segala perincian untuk FM25 belum diketahui lagi dan ia bakal dikongsikan tidak lama lagi tahun ini.

Apa-apa pun, kesemua “pengurus” yang meminati EPL tidak lagi perlu bersusah payah untuk memuat turun ‘patch’ di FM Scout.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Permainan Konsol Upin Ipin Dijangka Lancar Tahun Depan
  • CEO Xbox Rasa Mereka Patut Ada Peranti 'Handheld'

Sumber: Premier League, Football Manager

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY