Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple vision pro visionos

Apple Vision Pro – Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000

Diterbitkan Jun 6, 2023 · Dikemas kini Jun 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Akhirnya, peranti AR/VR daripada Apple diperkenal secara rasmi oleh oleh Tim Cook sendiri. Bukan Reality Pro atau xrOS, tapi namanya ialah Vision Pro yang menggunakan sistem operasi VisionOS.

apple vision pro visionos – 2

{suggest}

apple vision pro visionos – 1

Peranti ini menggunakan cip M2 dan yang baru diperkenal khas untuknya, R1.

apple vision pro visionos – 80

Kaca di bahagian hadapan dibingkaikan dengan aluminium ringan. Baterinya berasingan dan terhubung dengan sambungan magnetik. Jadi, masih ada wayar ketika anda gunakannya.

apple vision pro visionos

Di luar, terdapat Digital Crown seperti pada Apple Watch dan satu butang untuk menangkap gambar serta video. Untuk audio pula, terdapat speaker di kiri dan kanan berhampiran telinga dan ia hadir dengan Spatial Audio.

apple vision pro visionos – 46

Dari segi antara muka, nampaknya sedikit berbeza daripada rekaan ikon flat pada iOS.

Bahkan, layarnya juga menggunakan rekaan seperti digunakan Microsoft sekarang yang tampak seperti frosted glass. Ia separuh lutsinar tetapi masih dipengaruhi warna di belakangnya.

apple vision pro visionos – 26

apple vision pro visionos

Untuk kamera, ia mempunyai 2 kamera TrueDepth, 2 kamera utama (hala depan), 2 kamera sisi dan 4 kamera menghala ke bawah.

apple vision pro visionos

Ia juga mempunyai banyak sensor lain seperti pengimbas LiDAR, IR illuminator, LED illuminator dan kamera IR.

apple vision pro visionos – 74

Pakai saja Vision Pro, anda akan nampak petak yang terapung di hadapan anda untuk pilih aplikasi. Menariknya, ia turut datang dengan kesan bayang-bayang, menampakkan seolah-olah petak layar tersebut benar-benar wujud.

apple vision pro visionos

apple vision pro visionos

Apabila anda sedang sibuk menggunakannya, orang sekeliling akan tahu kerana kaca Vision Pro akan nampak bercahaya dan mereka dapat faham ia menutup pandangan anda.

apple vision pro visionos – 44apple vision pro visionos – 41

Namun, jika Vision Pro mengesan ada orang hampir pada anda, maka pandangan anda akan dibukakan ‘hijab’ untuk lihat orang tersebut dan kaca Vision Pro juga akan perlihatkan mata anda pada mereka, mengisyaratkan kedua-dua orang kini boleh mula berkomunikasi.

apple vision pro visionos – 43

Kemudian, EyeSight membenarkan orang sekeliling anda melihat mata anda menerusi kaca Vision Pro.

Untuk menavigasi paparan dalam Vision Pro, ia menjejak pergerakan mata anda dan pergerakan jari serta arahan suara.

apple vision pro visionos – 33 Anda boleh sentuh antara 2 jari misalnya untuk pilih satu-satu objek.

apple vision pro visionos – 30

Malah, anda juga boleh besar dan kecilkan satu-satu layar/tingkap serta ubah kedudukannya.

apple vision pro visionos – 73

Di dalamnya ialah dua skrin MicroLED dengan ketinggian piksel sehingga 23 juta piksel dan mampu papar video 4K pada resolusi sebenar. Ini bermakna apa yang anda lihat sangat tajam dan nampak seakan-akan realiti.

apple vision pro visionos – 72

Selain itu, ia juga boleh digunakan bersama Mac di mana menjadi seolah-olah paparan tambahan tapi dalam dunia maya.

Apple-WWCD23-Vision-Pro-with-battery-230605

apple vision pro visionos – 55 apple vision pro visionos – 51  apple vision pro visionos – 53

apple vision pro visionos – 69

Anda juga boleh melakukan panggilan FaceTime melalui peranti ini.

apple vision pro visionos – 85

Untuk penampakan anda semasa sidang maya contohnya, halakan Vision Pro pada wajah untuk kamera imbas dan simpan wajah anda. Jadi, apabila digunakan nanti, pengguna lain dalam sidang maya dapat lihat anda dengan saiz yang sebenar.

apple vision pro visionos – 84

Selain sesuai untuk digunakan dalam sidang maya dan membuat kerja, Vision Pro juga sesuai digunakan untuk menonton filem kerana ia turut mampu paparkan filem 3D seperti Avatar dengan jelas.

apple vision pro visionos – 48

apple vision pro visionos – 60

Disney+ dan Apple TV+ antara platform penstriman yang akan hadir bersama sejak hari pertama ia tersedia di pasaran kelak.

apple vision pro visionos – 88

Untuk keselamatan, Apple juga memperkenal Optic ID untuk mengesan iris pemakainya. Hanya iris tuannya saja boleh menyah kunci Vision Pro.

apple vision pro visionos – 90

Ia juga akan digunakan untuk Apple Pay, pembelian di App Store dan auto-fill kata laluan.

apple vision pro visionos – 31

apple vision pro visionos – 54

Dijual pada harga $3499, malang sekali ia hanya tersedia awal tahun depan di Amerika Syarikat sahaja.

Untuk pengguna Malaysia, nampaknya anda perlu “import” pada harga lebih RM16 ribu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY