Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-12T101115.023

HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Dan MateBook 14 Akan Rasmi Pada 18 Jun

Diterbitkan Jun 12, 2024 oleh Muhd Idham

HUAWEI Malaysia kini telah tetapkan tarikh pelancaran bagi dua produk terbaru mereka dari dua kategori yang berbeza iaitu tablet dan komputer riba pada 18 Jun 2024 yang akan datang.

Sehubungan dengan itu, bermula daripada 12 Jun hingga 17 Jun, HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dan HUAWEI MateBook 14 Core Ultra boleh mula ditempah melalui bayaran deposit sebanyak RM60 serta berpeluang untuk memiliki pakej hadiah percuma.

HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition

HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Dan MateBook 14 Akan Rasmi Pada 18 Jun

Untuk spesifikasi dalaman, tablet ini menggunakan cip Kirin 9000WL dengan sokongan daripada konfigurasi 8GB + 256GB serta sistem operasi HarmonyOS 4.2.

Skrin yang digunakan adalah jenis TFT LCD (IPS) 11.5 inci dengan resolusi 2800 x 1840 dan kadar segar semula 144Hz.

Kamera pula terdiri daripada 13MP (belakang) dan 8MP (hadapan) dengan kemampuan rakaman video pada 1080p.

Selain daripada ciri Bluetooth 5.2, empat pembesar suara dan USB-C 3.0, jangka hayat bateri tablet ini ditentukan oleh kapasiti 8,800mAh serta pengecasan 10V/2.25A (22.5W).

IMAGE 1 (3)

Promosi deposit untuk tablet ini pula hadir dengan ganjaran bernilai RM2,046 dan di antaranya termasuk sekali potongan harga bernilai RM200.

HUAWEI MateBook 14 Core Ultra

HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Dan MateBook 14 Akan Rasmi Pada 18 Jun

Manakala, komputer riba ini pula hadir dengan pilihan cip Intel Core Ultra 7 atau Ultra 5 serta digandingkan dengan kad grafik Intel Arc dan konfigurasi memori 16GB RAM + 1TB storan.

Skrin peranti ini pula adalah jenis OLED 14.2 inci dengan kemampuan resolusi 2880 x 1920 pada nisbah 3:2.

Selain daripada kapasiti bateri 70WHr dan pengecasan 65W, ciri lain yang hadir untuk MatebBook 14 ini adalah Bluetooth 5.1, tiga slot USB-C, satu slot HDMI, bicu audio 3.5 mm, kamera web 1080p dan pengesan cap jari di butang kuasa.

Dalam promosi deposit, disertakan jaminan selama 1+1 tahun dan hadiah percuma bernilai RM1,614.

Walau bagaimanapun, harga sebenar untuk kedua-dua peranti di atas masih lagi belum diketahui.

Beli produk HUAWEI di:

Shopee – https://invl.io/cljfc2u

Lazada – https://invol.co/cljfc29

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • CEO Xbox Rasa Mereka Patut Ada Peranti 'Handheld'
  • Siri Infinix NOTE 40 'BMW Racing Edition' Rasmi 19 Jun, Rupa Saja Beza
  • Pembangunan Chatbot Dalam WhatsApp Di Fasa Akhir - Fahmi Fadzil
  • Apple ID Dinamakan Semula Kepada 'Apple Account'

Sumber: Siaran Media HUAWEI Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY