Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18_slow charger

iOS 18 Akan Beritahu Jika Guna Pengecas Yang Perlahan

Diterbitkan Jun 12, 2024 oleh Amalina Athman

iOS 18 menyertakan beberapa perubahan ketara pada kesihatan bateri iPhone dan tetapan pengecasan. Antaranya termasuk menyediakan pilihan had pengecasan untuk iPhone 15, dan kini menambah ciri yang akan memberitahu pengguna apabila menggunakan pengecas yang perlahan.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Ini Senarai Penuh Model iPhone Yang Akan Terima iOS 18
  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • iOS 18 Perkenal Pilihan Had Pengecasan Untuk iPhone 15
  • Apple ID Dinamakan Semula Kepada 'Apple Account'

Pengguna boleh mengakses ciri ini pada bahagian Settings > Battery > Battery Level. Jika sedang menggunakan pengecas yang perlahan, pengguna akan melihat notis amaran “Slow Charger”.

SLOW CHARGER ios 18_3

Selain itu, graf berkenaan juga telah dikemas kini dengan warna jingga apabila peranti disambungkan kepada pengecas perlahan.

@9to5mac @MacRumors @zollotech Charging limit is now a sliding scale on iPhone 15 Pro, iOS 18 also warns you when you're using a slow charger (5W in this case). pic.twitter.com/OTal1jbhjQ

— Alex Firth (@alexanderfirth) June 10, 2024

 

Buat masa ini, masih belum jelas bagaimana ia dikategorikan sebagai “Slow Charger”. Namun begitu, apa yang diketahui setakat ini, notis tersebut akan tertera apabila menggunakan pengecas 5W.

Terdapat butang maklumat di sebelah notis tersebut, tetapi ia membawa kepada dokumen sokongan yang masih belum wujud. Apple dijangka akan menerbitkan dokumen sokongan mengenainya apabila iOS 18 dikeluarkan kepada umum pada September nanti.

Sumber: Reddit, X

Rujukan: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY