Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
anthony loke_

BJAK Perlu Mohon Secara Rasmi Jika Mahu Kerjasama Dengan JPJ – Loke

Diterbitkan Mei 10, 2024 ยท Dikemas kini Mei 10, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu, namun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul dan mendapat kebenaran.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • MOT, JPJ Tidak Pernah Beri Kelulusan Kepada BJAK
  • BJAK Kini Tawar Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Secara Percuma

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya tidak mahu ada mana-mana syarikat yang secara tiba-tiba melancar dan mengumumkan penyediaan perkhidmatan untuk jabatan kerajaan tanpa pengetahuan kementerian.

Mereka harus mohon secara rasmi dan bentangkan perancangan mereka, kalau berjaya meyakinkan kita tiada masalah, tapi mereka harus ikut proses yang betul.

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan memaklumkan MOT dan jabatan itu sendiri tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

Loke menjelaskan pihaknya melihat syarikat BJAK melakukan kempen secara agresif dalam menawarkan beberapa perkhidmatan sedangkan tidak mendapat kelulusan JPJ mahupun memiliki sebarang perjanjian dengan jabatan itu.

Sekiranya tiada tindakan diambil, beliau berkata perkara itu dibimbangi akan mengelirukan orang ramai sebagai satu perkhidmatan yang mempunyai pengesahan JPJ. Berikutan itu, pihak BJAK perlu memohon secara rasmi jika ingin bekerjasama dan menjadi rakan strategik JPJ.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY