Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
road tax

MOT, JPJ Tidak Pernah Beri Kelulusan Kepada BJAK

Diterbitkan Mei 6, 2024 · Dikemas kini Mei 16, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan bahawa pihaknya dan Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • JPJ Keluarkan Permit Memandu Antarabangsa Baharu

JPJ turut menafikan kenyataan yang dipaparkan melalui laman web bjak.my, iaitu “Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ”.

Mengulas lanjut, jabatan itu menjelaskan bahawa tiada integrasi sistem di antara sistem MySIKAP dengan sistem yang digunakan oleh pihak BJAK. Pihak MOT dan JPJ juga tidak pernah meluluskan sebarang pengenaan caj tambahan yang dikenakan oleh BJAK kepada pelanggan mereka ketika ini.

Malah, pengoperasian yang dilakukan oleh pihak BJAK berkaitan urus niaga pembaharuan cukai jalan adalah tanpa kebenaran JPJ.

Lanjutan itu, JPJ menggalakkan pengguna untuk melakukan urus niaga pembaharuan cukai jalan melalui platform rasmi seperti kaunter, kiosk dan kaunter bergerak JPJ, aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ serta rakan niaga (Pos Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM) sahaja.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY