Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BJAK Kini Tawar Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Secara Percuma

BJAK Kini Tawar Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Secara Percuma

Diterbitkan Mei 7, 2024 ยท Dikemas kini Mei 7, 2024 oleh ariff bukhari

Ekoran kontroversi perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan mereka yang tidak pernah menerima kelulusan dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan (MOT), BJAK telah respon dengan menyatakan bahawa pembaharuan cukai jalan yang ditawarkan mereka adalah perkhidmatan pilihan bagi pelanggannya, dan beroperasi seperti biasa.

BJAK juga kini memaklumkan, perkhidmatan pilihan itu kini ditawar secara percuma untuk semua pelanggannya.

“Perkhidmatan pembaharuan cukai jalan BJAK kini ditawarkan kepada pelanggan tanpa sebarang caj, sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan pembaharuan lebih mudah dan berkesan dari segi kos bagi pelanggannya.” BJAK dalam satu kenyataan.

BJAK juga menjelaskan, perkhidmatan utamanya adalah perbandingan dan pembaharuan insurans kenderaan bermotor, disertakan dengan perkhidmatan VIP yang khas untuk pelanggannya.

Syarikat itu juga mengakui isu-isu yang dibangkitkan oleh JPJ dan sedang aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu meningkatkan pengalaman bagi semua pemilik kenderaan di Malaysia.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • MOT, JPJ Tidak Pernah Beri Kelulusan Kepada BJAK

Sumber: BJAK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY