Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S24 skrin

Bixby Versi Naik Taraf Mungkin Akan Kembali Di Siri Samsung Galaxy S25

Diterbitkan Disember 17, 2024 ยท Dikemas kini Disember 17, 2024 oleh Amsyar Latif

Tahun 2024 dapat dilihat yang banyak telefon pintar memfokuskan kecerdasan buatan (AI). Salah satu pengeluar yang menerajuinya ialah Samsung menerusi Galaxy AI. Namun, ada perkara yang menjadi tanda tanya di mana apa akan jadi kepada sistem pembantu maya Samsung, iaitu Bixby.

Walau bagaimanapun, Presiden Perniagaan Pengalaman Mudah Alih Samsung, TM Roh sebelum ini telah menyatakan yang Samsung bakal mempertingkatkan Bixby dengan GenAI.

Berdasarkan laporan ETNews, Bixby yang dinaik taraf ini nanti dikuasakan Model Bahasa Raya (LLM) yang tersuai di mana ia boleh memberikan pengalaman mirip Google Gemini dan ChatGPT.

Tambah ETNews, Bixby baharu itu terhad untuk barisan Galaxy S25 sahaja tetapi pengguna tidak perlu risau kerana kebanyakan negara memang akan menerima model terbaru Samsung tersebut. Jadi, berkemungkinan besar Bixby yang dinaik taraf akan ditawarkan untuk pasaran global juga.

Malah, Ice Universe turut menekankan yang ciri utama untuk siri Galaxy S25 tahun depan ialah Bixby.

Kelebihannya berbanding Bixby terdahulu adalah ia akan lebih mudah memahami bahasa semula jadi yang dipertuturkan. Dengan ini, pengguna lebih senang untuk melakukan tugasan dengan bantuan AI.

Biarpun Bixby baharu ini tidaklah sama dengan Gemini dalam konteks kemampuannya tetapi Samsung berharap pengguna mereka lebih memilih Bixby berbanding Gemini nanti.

Berkaitan

  • Samsung Akan Pertingkat Bixby Dengan Teknologi GenAI Tahun Ini
  • Samsung Galaxy S25 Dijangka Lancar Pada 23 Januari
  • MOSTI Akan Bangunkan LLM Versi Bahasa Melayu, Sokong Ekosistem AI Tempatan
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Pengguna ChatGPT Plus, Pro Kini Boleh Akses Sora - Model Janaan Video

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY