Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LLM_URBE University

MOSTI Akan Bangunkan LLM Versi Bahasa Melayu, Sokong Ekosistem AI Tempatan

Diterbitkan November 18, 2024 ยท Dikemas kini November 18, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengambil langkah proaktif untuk membangunkan Model Bahasa Raya atau Large Language Model (LLM) dalam versi bahasa Melayu.

Timbalan Menteri Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata model itu dapat menyokong ekosistem kecerdasan buatan (AI) tempatan dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada teknologi AI dari luar negara.

Menurutnya, pembangunan LLM tersebut membabitkan kerjasama MOSTI dengan universiti dan syarikat tempatan.

LLM selaku model generatif AI yang dilatih untuk memahami dan menghasilkan bahasa manusia mengikut nilai dan budaya setempat, dihasilkan dengan kerjasama universiti dan syarikat tempatan..MIMOS sebuah agensi MOSTI dengan Mesolitica sedang bekerjasama untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan model ini.

Bagi memperkayakan bahasa Melayu, beliau berkata kerjasama itu akan turut melibatkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di masa hadapan.

Tambahnya lagi, pembangunan LLM tempatan akan mematuhi Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AIGE) yang dilancar September lalu, yang akan dikongsi bersama negara-negara ASEAN.

Garis panduan itu juga bertujuan untuk mewujudkan kerangka kerja yang seragam bagi pembangunan dan penggunaan teknologi AI secara bertanggungjawab di rantau ini.

Berkaitan

  • Akta Keselamatan Siber 2024 Mula Berkuat Kuasa Hari Ini
  • Pejabat AI Kebangsaan Akan Mula Operasi November Ini - Gobind
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • AI Dalam Pendidikan Perlu Seimbang Dengan Nilai Ta'lim Dan Ta'dib - Ahli Akademik

Sumber: Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY