Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung concept_onleaks

Samsung Galaxy S25 Dijangka Lancar Pada 23 Januari

Diterbitkan November 15, 2024 oleh Amalina Athman

Menurut laporan terbaru, Samsung sedang bersiap sedia untuk melancarkan siri Galaxy S25 pada 23 Januari 2025, sedikit lewat daripada tarikh pelancaran S24.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Samsung telah mempercepat pelancaran siri Galaxy S. Sebagai contoh, siri Galaxy S23 dilancarkan pada 2 Februari 2023, manakala tarikh pelancaran siri Galaxy S24 pada 18 Januari 2024.

Namun, perkara itu nampaknya mungkin tidak akan berlaku pada tahun hadapan.

Beberapa sumber kini melaporkan bahawa siri Galaxy S25 akan dilancarkan pada minggu ketiga Januari, dengan FNNews menyatakan pelancarannya dijadualkan pada 23 Januari 2025. Sementara San Francisco, USA dikatakan sebagai pilihan lokasi utama untuk acara Unpacked akan datang.

Pada acara ini, Samsung dijangka akan melancarkan trio Galaxy S25 terdiri daripada S25, S25+ dan S25 Ultra. Mengenai spesifikasinya, laporan sebelum ini mengatakan kesemua model Galaxy S25 dijangka akan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite.

Bagi mengetahui maklumat rasmi mengenainya, nantikan pengumuman Samsung tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Semua Model Samsung Galaxy S25 Dijangka Guna Cip Snapdragon 8 Elite
  • Jimat Kos, Galaxy S25 Tidak Akan Guna Skrin Terkini Mungkin Kerana Beberapa Sebab Ini
  • "Telefon Samsung Dengan Garisan Hijau Itu Adalah Normal" - Netizen
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu

Sumber: 9to5Google

Gambar utama: onleaks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY