Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-12T091414.383

Samsung Akan Pertingkat Bixby Dengan Teknologi GenAI Tahun Ini

Diterbitkan Julai 12, 2024 oleh Muhd Idham

Sewaktu acara Galaxy Unpacked diadakan di Paris yang menampilkan beberapa barangan baharu seperti telefon pintar boleh lipat, jam pintar, dan fon putik, TM Roh selaku Presiden Perniagaan Pengalaman Mudah Alih telah mengumumkan yang pembantu suara, Bixby akan melakukan kebangkitan semula pada tahun ini.

Kenyataan ini telah pun disahkan oleh pihak CNBC yang mendapat maklum balas secara terus daripada TM Roh sendiri bahawa Bixby akan mendapat peningkatan teknologi kecerdasan buatan (GenAI) yang dibina oleh Samsung sendiri dengan sokongan daripada model bahasa besar (LLM).

“Kami akan memajukan Bixby dengan penerapan teknologi GenAI.” – kata-kata TM Roh diterjemahkan oleh penterjemah.

Untuk pengetahuan anda, Bixby dahulunya telah dilancarkan pada tahun 2017 bersama-sama telefon pintar model Galaxy S8 yang mempunyai fungsi untuk menterjemah secara langsung dan membekalkan segala maklumat tentang sesuatu hanya dengan pengesan kamera.

Samsung Akan Pertingkat Bixby Dengan Teknologi GenAI Tahun Ini
Samsung Galaxy S8

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh beliau, pengguna Samsung boleh menjangka peningkatan baru untuk pembantu suara ini akan  mempunyai kebolehan dalam sesi soal jawab bersama penggunanya sama seperti Siri daripada Apple.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Pembaca PCMag Lebih Memilih Barangan MSI Untuk Gaming
  • Cecah Paras Terburuk, Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Empangan Bukit Merah
  • Starlink Mini Kini Tersedia Untuk Semua Rakyat AS
  • Free Fire × NARUTO SHIPPUDEN Akan Hadir Awal Tahun 2025

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY