Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sora Turbo_

Pengguna ChatGPT Plus, Pro Kini Boleh Akses Sora – Model Janaan Video

Diterbitkan Disember 10, 2024 · Dikemas kini Disember 10, 2024 oleh Amalina Athman

Pertama kali diperkenalkan pada Februari, OpenAI kini melancarkan Sora, model janaan video kecerdasan buatan (AI), kepada umum.

Bermula hari ini, Sora tersedia di Sora.com bersama model baharu – Sora Turbo. Versi baharu ini menawarkan ciri-ciri seperti janaan video baharu sepenuhnya daripada teks, menghidupkan imej statik serta mengembangkan, menyunting dan menggabungkan video sedia ada.

Sora disertakan sebagai sebahagian daripada langganan ChatGPT Plus dan Pro, tanpa kos tambahan. Dengan langganan ChatGPT Plus, pengguna boleh menghasilkan sehingga 50 video pada resolusi 480p atau kurang pada resolusi 720p setiap bulan.

Sementara pelan ChatGPT Pro menawarkan akses janaan sehingga 500 video, resolusi lebih tinggi, serta durasi video lebih panjang.

OpenAI SORA_1

OpenAI berkata video yang dijana dengan Sora akan mempunyai tera air (watermark) yang boleh dilihat dan metadata C2PA untuk menunjukkan kandungan itu dibuat dengan AI.

Bagi pengguna ChatGPT Plus dan Pro yang ingin mengakses Sora, layari Sora.com.

Berkaitan

  • OpenAI Perkenal Sora - Boleh Hasilkan Video AI Daripada Teks
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • OpenAI Lancarkan Aplikasi Rasmi ChatGPT Untuk Windows
  • OpenAI Perkenal ChatGPT Pro Dengan Akses Tanpa Had Model o1

Sumber: OpenAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY