Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bandingkan Panjang, Lebar Dan Ketinggian Kereta Dengan Laman Sesawang Ini

Bandingkan Panjang, Lebar Dan Ketinggian Kereta Dengan Laman Sesawang Ini

Diterbitkan Januari 28, 2025 oleh ariff bukhari

Mungkin ada dikalangan pemilik kereta yang tertanya-tanya, bagaimanakah perbezaan saiz kenderaan yang dimiliki berbanding kenderaan lain?

Kini, anda tak perlu lagi membandingkan secara bersebelahan kereta anda dengan kenderaan yang lain.

Hanya menerusi laman sesawang yang dibangunkan khas ini, anda boleh membuat perbandingan saiz kenderaan tersebut secara maya.

carsized adalah laman sesawang yang menawarkan kemudahan perbandingan saiz pelbagai jenis kenderaan.

Dari kereta sedan, SUV, trak pikap hinggalah kereta sport dari pelbagai jenama ada dalam pangkalan data laman sesawang ini.

Malah, model kereta dari tahun 1908 pun tersedia untuk anda bandingkan saiznya dengan kenderaan moden yang ada sekarang.

carsized 4
carsized 5
carsized 3

Cuma, pangkalan data kenderaan yang kurang popular seperti keluaran Proton dan Perodua belum tersedia di dalam laman sesawang tersebut.

Data kenderaan buatan Jerman seperti Audi dan BMW serta automotif Jepun dan Amerika yang telah lama dalam industri lebih banyak di dalam data laman sesawang ini.

Namun begitu, data-data saiz kenderaan terdahulu dan terbaharu kebanyakannya belum ada di dalam laman ini untuk dibuat perbandingan yang lebih luas.

Bandingkan Panjang, Lebar Dan Ketinggian Kereta Dengan Laman Sesawang Ini
Juga tersedia ciri muat turun imej yang dibandingkan.

Anda boleh layari sendiri laman carsized untuk mencuba sendiri dengan bandingkan saiz kereta yang anda mahu.

Berkaitan

  • Internet Kini Berusia 42 Tahun
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Purata Jangka Hayat EV Adalah 18 Tahun - Kajian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY