Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Internet Kini Berusia 42 Tahun

Internet Kini Berusia 42 Tahun

Diterbitkan Januari 2, 2025 · Dikemas kini Januari 2, 2025 oleh ariff bukhari

Kita baru sahaja menyambut kedatangan tahun baru 2025. Tapi tahukah anda bahawa Internet juga baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-42?

Internet ialah sistem rangkaian di seluruh dunia di mana menerusinya, pengguna berupaya mendapatkan maklumat daripada mana-mana komputer dan bercakap terus dengan pengguna.

Asal-usul Internet sebenarnya bermula semasa Perang Dingin iaitu pada tahun 1950an dahulu apabila Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan (ARPA) Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menyedari bahawa mereka perlu mewujudkan rangkaian komputer yang boleh berkomunikasi antara satu sama lain yang tidak akan terjejas oleh serangan nuklear Soviet.

Projek ini, yang dipanggil ARPANET telah dilancarkan pada tahun 1969.

Ia merupakan versi awal internet yang membenarkan organisasi tertentu dalam Jabatan Pertahanan AS berkomunikasi antara satu sama lain melalui rangkaian komputer.

Namun, 1 Januari 1983 telah dianggap sebagai hari lahir rasmi Internet apabila protokol komunikasi baharu ditubuhkan.

Protokol komunikasi baharu itu dipanggil sebagai ‘Transfer Control Protocol/Internetwork Protocol’ (TCP/IP).

Protokol ini membolehkan pelbagai jenis komputer pada rangkaian yang berbeza untuk “bercakap” antara satu sama lain.

ARPANET dan Rangkaian Data Pertahanan secara rasmi bertukar kepada standard TCP/IP pada 1 Januari 1983.

Sejak dari itu, semua rangkaian boleh disambungkan dengan bahasa sejagat yang telah merevolusikan cara kita berkomunikasi, mengakses maklumat dan menjalankan kehidupan seharian kita, semuanya dihujung jari sehinggalah ke hari ini dan masa hadapan.

Berkaitan

  • Malaysia Akan Beralih Daripada Protokol Internet Versi 4 (IPv4) Kepada IPv6 
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Maybank Perkenal Ciri Anti-Penipuan Money Lock, Ini Cara Aktifkannya

Sumber: Lifeline IT, University System of Georgia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY