Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri EV

Purata Jangka Hayat EV Adalah 18 Tahun – Kajian

Diterbitkan Januari 27, 2025 oleh ariff bukhari

Kenderaan elektrik (EV) kini mampu bertahan selama kenderaan petrol dan diesel, dengan kebolehpercayaan yang semakin meningkat setiap tahun kerana teknologi yang masih berkembang.

Ia hasil daripada kajian oleh Robert Elliott dari Universiti Birmingham yang telah menganalisis hampir 300 juta rekod di UK antara 2005 hingga 2022, melibatkan 29.8 juta kenderaan.

Hasilnya menunjukkan EV kini mempunyai jangka hayat purata lebih 18.4 tahun, melebihi diesel (16.8 tahun) dan hampir menyamai petrol (18.7 tahun).

EV juga mencatat purata jarak perjalanan 200,000 km sepanjang hayatnya, melebihi petrol (187,000 km) tetapi kurang daripada diesel (257,000 km).

Kajian ini membuktikan EV bukan sahaja alternatif yang berdaya maju tetapi dalam beberapa aspek sudah lebih baik.

Walaupun data MOT di UK itu tidak merangkumi kos penyelenggaraan, kajian di AS menunjukkan kos penyelenggaraan EV kini lebih rendah berbanding enjin pembakaran dalaman (ICE).

Berkaitan

  • EV Lebih Banyak Masalah Berbanding Kenderaan Petrol - Kajian
  • Kos Penyelenggaraan EV Masih Tinggi - Kajian
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Sumber:  New Scientist

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY