Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Plant Kulim, Malaysia

AT&S Perluas Operasi Di Kulim Susulan Peningkatan Permintaan AI

Diterbitkan Jun 16, 2026 · Dikemas kini Jun 16, 2026 oleh Amalina Athman

AT&S mengumumkan pelaburan bernilai antara €1.5 bilion hingga €2 bilion (sekitar RM7.05 bilion hingga RM9.4 bilion) untuk memperluaskan operasi pembuatannya di Kulim, Kedah, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap infrastruktur kecerdasan buatan (AI).

Perluasan itu merangkumi pemasangan kemudahan bagi Loji 2 serta pembinaan fasiliti baharu untuk pengeluaran teras substrat litar bersepadu (IC substrate cores) dan papan litar bercetak (PCB) termaju.

Menurut AT&S, keputusan itu dibuat susulan perjanjian jangka panjang yang dimeterai dengan AMD serta sebuah lagi syarikat teknologi utama. Walaupun identiti pelanggan kedua tidak didedahkan secara rasmi, laporan Reuters memetik sumber industri yang mendakwa syarikat tersebut berkemungkinan Intel.

AT&S berkata pelaburan berkenaan disokong sepenuhnya oleh komitmen jangka panjang pelanggan, namun masih tertakluk kepada rundingan dan pemeteraian perjanjian muktamad.

Sebagai rujukan, AT&S merupakan antara syarikat yang terlibat dalam rantaian bekalan semikonduktor global, khususnya bagi komponen yang digunakan dalam cip berprestasi tinggi untuk pusat data, AI dan aplikasi pengkomputeran lanjutan.

Gambar utama: AT&S

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • 8 Syarikat Pacu Inisiatif MIDA-MARA Lahir Bakat Tempatan Dalam Sektor Semikonduktor Dan Aeroangkasa
  • Fasiliti Semikonduktor Baharu Seluas 8 Ekar Akan Dibina Di Pulau Pinang
  • Pelajar Tahun Akhir USM Raih Tawaran Kerja Awal Dalam Semikonduktor Bergaji Lebih RM4,000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY