Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
8 Syarikat Pacu Inisiatif MIDA-MARA Lahir Bakat Tempatan Dalam Sektor Semikonduktor Dan Aeroangkasa

8 Syarikat Pacu Inisiatif MIDA-MARA Lahir Bakat Tempatan Dalam Sektor Semikonduktor Dan Aeroangkasa

Diterbitkan Mei 6, 2026 oleh ariff bukhari

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh ekosistem pelaburan bernilai tinggi di Malaysia.

Fokus utama kerjasama ini ialah membina pipeline bekalan bakat teknikal yang sedia untuk industri, dan kesediaan perusahaan tempatan untuk berintegrasi ke dalam rantaian bekalan global.

8 Syarikat Pacu Inisiatif MIDA-MARA Lahir Bakat Tempatan Dalam Sektor Semikonduktor Dan Aeroangkasa

Melalui inisiatif PRIME Talent Hub, lapan syarikat multinasional dan domestik akan menjadi peneraju dalam menyelaraskan kurikulum latihan MARA dengan keperluan sebenar industri.

8 Syarikat yang komited untuk menerajui inisiatif utama perkongsian ini adalah:

  1. Medtronic Malaysia Operations Sdn. Bhd.,
  2. EVE Energy Malaysia Sdn. Bhd.,
  3. DayOne Data Centre,
  4. UWC Industrial Sdn. Bhd.,
  5. Linergy Power Sdn. Bhd.,
  6. Panasonic Industrial Devices Malaysia Sdn. Bhd.,
  7. ND Paper (Malaysia) Sdn. Bhd. dan;
  8. Base Maintenance Malaysia Sdn. Bhd.

Di bawah inisiatif PRIME Talent Hub ini, syarikat-syarikat terlibat dapat menentukan kemahiran diperlukan, sekali gus membolehkan MARA menyelaras latihan mengikut keperluan industri sebenar.

Model ini bertujuan mengurangkan ketidakpadanan bakat yang melambatkan projek dalam sektor seperti semikonduktor, peranti perubatan, elektrik dan elektronik serta aeroangkasa di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Bagi pelabur, manfaatnya termasuk masa ramp-up yang lebih pantas, pengurangan kebergantungan kepada tenaga kerja ekspatriat, serta jaminan pipeline bakat tempatan yang konsisten.

Graduan pula akan memperoleh kelayakan yang terus diiktiraf oleh majikan.

Inisiatif ini merupakan langkah jangka panjang transformasi industri yang akan melahirkan tenaga kerja dan usahawan bersedia untuk ekosistem moden Malaysia.

Berkaitan

  • Program CelcomDigi CD:NXT Sasar 5,000 Belia Jadi Bakat AI Masa Depan
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • RM5.9 Bilion Untuk Infrastruktur Dan Bakat AI Negara
  • Syarikat Teknologi Asing Wajib Sedia Latihan Untuk Bakat Tempatan - PM Anwar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY