Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar Tahun Akhir USM Raih Tawaran Kerja Awal Dalam Semikonduktor Bergaji Lebih RM4,000

Pelajar Tahun Akhir USM Raih Tawaran Kerja Awal Dalam Semikonduktor Bergaji Lebih RM4,000

Diterbitkan Mei 8, 2026 oleh ariff bukhari

Malaysia kini mengangkat bakat muda tempatan sebagai teras pertumbuhan industri semikonduktor.

Menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), negara kini menekankan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi, integrasi rantaian bekalan, dan penerapan teknologi pintar dalam pembuatan.

Dengan pasaran global dijangka mencecah USD1 trilion menjelang 2030, Malaysia bergerak melangkaui peranan tradisional pemasangan dan ujian, menuju ke bidang bernilai tinggi seperti reka bentuk IC, pembungkusan maju, dan sistem pembuatan berasaskan AI.

MIDA dalam satu kenyataan memaklumkan inisiatif seperti ARM–Malaysia Strategic Cooperation Initiative, akan melatih sehingga 10,000 jurutera Malaysia dalam reka bentuk litar bersepadu selama empat tahun.

Program Pembangunan K-Belia bersama Khazanah Nasional telah berjaya melatih lebih 8,000 anak muda Malaysia sejak 2021, dengan lebih 83% daripadanya telah mendapat pekerjaan dalam tempoh tiga bulan.

Malah Program MRI3 yang diketuai oleh Universiti Sains Malaysia, dengan kerjasama 27 pemain industri telah menempatkan pelajar tahun akhir mereka secara langsung dengan syarikat penaja, dengan graduan yang berjaya memasuki peranan sepenuh masa memperoleh gaji permulaan melebihi RM4,000.

Kejayaan melatih ribuan jurutera dengan kebanyakkannya terdiri daripada belia ini sekali gus memastikan kesinambungan tenaga kerja pada masa hadapan.

Segala usaha ini adalah dengan matlamat jelas iaitu untuk melahirkan 60,000 jurutera semikonduktor berkemahiran tinggi menjelang 2030.

Dengan bakat muda sebagai nadi, Malaysia bersedia menjadi hab semikonduktor utama di rantau ini, selari dengan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Latihan Semikonduktor Percuma Kembali, Terima Elaun Sehingga RM10,000
  • Fasiliti Semikonduktor Baharu Seluas 8 Ekar Akan Dibina Di Pulau Pinang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY