Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fasiliti Semikonduktor Baharu Seluas 8 Ekar Akan Dibina Di Pulau Pinang

Fasiliti Semikonduktor Baharu Seluas 8 Ekar Akan Dibina Di Pulau Pinang

Diterbitkan Mei 7, 2026 oleh ariff bukhari

AIXTRON SE mengumumkan pembinaan fasiliti baharu di Bandar Cassia Technology Park, Pulau Pinang, hasil kerjasama dengan MIDA.

Projek seluas 8.5 ekar ini akan menempatkan pejabat tiga tingkat, bilik bersih, dan ruang logistik dengan reka bentuk modular yang fleksibel untuk pengembangan masa depan.

Fasiliti ini mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab utama semikonduktor, selaras dengan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Fasiliti ini akan menghasilkan sistem semikonduktor generasi baharu untuk elektronik kuasa, komunikasi, optoelektronik dan seni bina pengkomputeran terkini.

Selain mencipta peluang pekerjaan berteknologi tinggi, ia turut mengintegrasikan vendor tempatan ke dalam rantaian bekalan global.

AIXTRON yang berpangkalan di Jerman dan antara peneraju utama industri semikonduktor menekankan keyakinan terhadap bakat tempatan, lokasi strategik dan infrastruktur Malaysia sebagai asas pelaburan jangka panjang.

Tapak pengeluaran baru di Malaysia ini juga akan memperkukuhkan fleksibiliti dan ketahanan pembuatan jangka panjang, terutamanya dalam menyokong pelanggan di Asia.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • 8 Syarikat Pacu Inisiatif MIDA-MARA Lahir Bakat Tempatan Dalam Sektor Semikonduktor Dan Aeroangkasa
  • Teknologi Baharu Skrin OLED Samsung Mampu Imbas Denyutan Jantung Dan Tekanan Darah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY