Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
arm css for mobile 2 (1)

Arm Perkenal CSS for Mobile 2 Dengan CPU C2-Ultra, GPU Mali G2-Ultra NX

Diterbitkan September 8, 2026 · Dikemas kini September 8, 2026 oleh Amalina Athman

Arm kini memperkenalkan CSS for Mobile 2, platform pengkomputeran AI-native baharu yang direka untuk keperluan agentic AI dan grafik mudah alih berasaskan AI. Platform ini menggabungkan CPU, GPU, sistem IP serta ekosistem perisian untuk peranti mudah alih generasi seterusnya.

Arm Perkenal CSS for Mobile 2 Dengan CPU C2-Ultra, GPU Mali G2-Ultra NX

Antara komponen utamanya ialah kluster CPU C2 dan GPU Mali G2-Ultra NX. Kluster CPU C2 menggabungkan C2-Ultra dan C2-Pro bersama dua unit SME2 bagi menyokong pemprosesan tugasan AI pada peranti serta aliran kerja agentic AI.

Arm Perkenal CSS for Mobile 2 Dengan CPU C2-Ultra, GPU Mali G2-Ultra NX

Berbanding generasi sebelumnya, Arm mendakwa C2-Ultra menawarkan sehingga 1.7 kali ganda peningkatan prestasi merentas model AI terbaharu, selain sehingga 15% lebih tinggi prestasi single-thread, 15% lebih pantas untuk pelayaran web, 12% lebih pantas dalam pelancaran aplikasi dan sehingga 12% lebih tinggi prestasi multi-thread pada peringkat kluster.

Arm Perkenal CSS for Mobile 2 Dengan CPU C2-Ultra, GPU Mali G2-Ultra NX

Dalam satu aliran kerja agentic AI yang merangkumi pemprosesan suara, carian memori, penaakulan, pelaksanaan aplikasi dan pelayaran web, C2-Ultra dengan dua unit SME2 boleh menyelesaikannya 24% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

Sementara itu, Mali G2-Ultra NX merupakan GPU Mali pertama yang direka dengan AI sebagai terasnya, dengan pemecut neural yang diintegrasikan terus ke dalam teras shader, iaitu bahagian GPU yang menjalankan arahan pemprosesan grafik. Ia turut dilengkapi enjin pelaksanaan baharu dan unit ray tracing generasi ketiga.

Arm Perkenal CSS for Mobile 2 Dengan CPU C2-Ultra, GPU Mali G2-Ultra NX
Arm Perkenal CSS for Mobile 2 Dengan CPU C2-Ultra, GPU Mali G2-Ultra NX

Untuk grafik neural, GPU ini menyokong Neural Super Sampling (NSS) untuk menghasilkan imej beresolusi lebih tinggi daripada rendering beresolusi rendah, Neural Frame Rate Upscaling (NFRU) untuk menghasilkan bingkai perantaraan bagi meningkatkan kadar bingkai, serta Neural Super Sampling and Denoising (NSSD) untuk meningkatkan kualiti imej dalam grafik ray tracing dengan pencahayaan dan bayang-bayang kompleks.

Arm Perkenal CSS for Mobile 2 Dengan CPU C2-Ultra, GPU Mali G2-Ultra NX
NSS membina semula imej beresolusi lebih tinggi daripada input beresolusi lebih rendah
Arm Perkenal CSS for Mobile 2 Dengan CPU C2-Ultra, GPU Mali G2-Ultra NX
NFRU menggunakan maklumat pergerakan, kedalaman dan ‘rendered-frame’ untuk menghasilkan bingkai perantaraan berkualiti tinggi.

Arm mendakwa Mali G2-Ultra NX menawarkan prestasi sehingga 14% lebih tinggi pada kandungan permainan sedia ada berbanding generasi sebelumnya. Bersama Arm Neural Technology, GPU itu juga menawarkan sehingga 4 kali ganda prestasi per watt untuk grafik neural.

Mali G2-Ultra NX turut menyokong Opacity Micromaps untuk mengendalikan objek dengan geometri telus yang kompleks dengan lebih cekap. Dalam satu demonstrasi Arm, teknologi ini meningkatkan kadar bingkai sebanyak 30% dan mengurangkan beban kerja ray tracing sehingga 70%.

Arm Perkenal CSS for Mobile 2 Dengan CPU C2-Ultra, GPU Mali G2-Ultra NX
CSS for Mobile 2 menggabungkan teknologi CPU, GPU dan sistem dalam satu platform pengkomputeran AI-native untuk peranti.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY