Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Arm Flexible Access_imageArm

Empat Syarikat Malaysia Terima Kelulusan Akses Teknologi Arm

Diterbitkan Julai 13, 2026 · Dikemas kini Julai 13, 2026 oleh Amalina Athman

Sebanyak enam token akses teknologi Arm telah ditawarkan kepada empat syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC Design) tempatan setakat Jun 2026, melibatkan tiga token Arm Compute Subsystems (CSS) dan tiga token Arm Flexible Access (AFA).

Dalam jawapan bertulis di laman rasmi Parlimen, Kementerian Ekonomi memaklumkan token tersebut ditawarkan kepada syarikat berkelayakan iaitu Great Asic Technology Sdn. Bhd., SkyeChip Sdn. Bhd., Oppstar Technology Sdn. Bhd. dan Xenith Technology M Sdn. Bhd.

Token berkenaan memberikan akses kepada teknologi Arm bagi membantu syarikat IC Design membangunkan cip semikonduktor tempatan. Cip yang dihasilkan pula bakal digunakan dalam pelayan komputer serta Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) dalam industri automotif.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerjasama itu bertujuan melatih 10,000 profesional semikonduktor selama empat tahun. Sehingga 3 Julai, seramai 1,530 peserta telah menjalani latihan menerusi pelbagai inisiatif pembangunan bakat, termasuk program Arm On-Demand yang memberi pendedahan kepada teknologi Arm dalam reka bentuk litar bersepadu (IC).

“Kerjasama strategik Malaysia-Arm menandakan langkah penting bagi memperkukuh keupayaan Malaysia dalam harta intelek, reka bentuk cip dan teknologi berkaitan kecerdasan buatan (AI). Melalui usaha menyediakan akses kepada platform protokol internet (IP) dan pengkomputeran yang terbukti. Inisiatif ini akan membantu syarikat Malaysia memendekkan tempoh pembangunan, mengurangkan risiko penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta bergerak lebih pantas ke arah merealisasikan produk semikonduktor komersial,” katanya.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat Malaysia untuk memanfaatkan peluang tersebut, serta membangunkan produk yang boleh bersaing dalam pasaran serantau dan global.

Tambahnya lagi, akses teknologi akhirnya perlu membawa kepada pemilikan teknologi.

Berkaitan

  • Malaysia Labur Lebih RM1 Bilion Untuk Akses Teknologi Cip ARM
  • ARM Latih 10 Ribu Jurutera Tempatan, Sasar Cip Rekaan Malaysia
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY