Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Arm Flexible Access_imageArm

Cip Buatan Malaysia Disasar Masuk Pengeluaran Menjelang 2030

Diterbitkan Ogos 21, 2026 oleh Amsyar Latif

Malaysia menyasarkan cip yang direka oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama dengan Arm Limited mula memasuki peringkat pengeluaran dan rantaian bekalan semikonduktor menjelang 2030.

Berdasarkan laporan bernama, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata sasaran itu merupakan kesinambungan daripada usaha membangunkan keupayaan tempatan dalam reka bentuk cip dan harta intelek semikonduktor.

Menurut beliau, proses pembangunan cip mengambil masa beberapa tahun sebelum boleh sampai ke peringkat pengeluaran. Syarikat terawal yang menerima akses teknologi Arm pada penghujung 2025 dijangka mencapai peringkat reka bentuk sekitar 2028, sebelum bergerak ke fasa pengeluaran dan integrasi ke dalam rantaian bekalan menjelang 2030.

Sebelum ini, empat syarikat tempatan menerima kelulusan akses teknologi Arm iaitu Great Asic Technology, SkyeChip, Oppstar Technology dan Xenith Technology M. Ketika itu, sebanyak enam token diberikan, terdiri daripada tiga Arm Compute Subsystems (CSS) dan tiga Arm Flexible Access (AFA).

Perkembangan terbaharu menyaksikan jumlah token yang dianugerahkan meningkat kepada lapan, terdiri daripada empat CSS dan empat AFA, dengan empat syarikat kini berada pada peringkat awal reka bentuk serta pembangunan harta intelek.

Teknologi Arm tersebut memberi peluang kepada syarikat tempatan menggunakan reka bentuk dan harta intelek Arm sebagai asas untuk membangunkan penyelesaian cip mereka sendiri.

Kerjasama itu juga sebahagian daripada usaha Malaysia untuk bergerak lebih jauh dalam rantaian nilai semikonduktor, daripada kekuatan tradisional dalam pemasangan, pengujian dan pembungkusan kepada aktiviti bernilai lebih tinggi seperti reka bentuk cip dan pembangunan IP.

Sasaran 2030 itu turut dilaporkan RTM, yang menyebut cip hasil pembangunan tempatan dijangka mula digunakan dan memasuki rantaian bekalan selepas proses reka bentuk serta pembangunan diselesaikan.

Berkaitan

  • Kerjasama Arm, Malaysia - Ini Kesannya Terhadap Ekonomi Dan Rakyat Malaysia
  • Empat Syarikat Malaysia Terima Kelulusan Akses Teknologi Arm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY