Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Air M4_featured image

MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499

Diterbitkan Mac 5, 2025 · Dikemas kini Mac 5, 2025 oleh Amalina Athman

Apple secara rasmi hari ini mengumumkan MacBook Air baharu, yang dilengkapi cip M4, jangka hayat bateri sehingga 18 jam, naik taraf kamera, serta harga permulaan yang lebih rendah.

MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499
MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499

MacBook Air M4 didatangkan dalam saiz 13-inci dan 15-inci, bersama pilihan warna baharu Sky Blue.

MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499
Warna Sky Blue
MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499
MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499

Dengan cip M4, ia menawarkan 10-teras CPU, sehingga 10-teras GPU, 16-teras Neural Engine serta konfigurasi memori sehingga 32GB dan storan sehingga 2TB. Apple mendakwa MacBook Air baharu ini memberikan prestasi sehingga 2 kali lebih pantas berbanding model M1, dengan keupayaan Neural Engine sehingga 3 kali lebih pantas.

Dari segi paparan, MacBook Air kini menyokong sehingga dua paparan luaran 6K/60Hz selain paparan terbina Liquid Retina.

Selain itu, MacBook Air baharu turut menampilkan kamera 12MP Center Stage, yang secara automatik memastikan pengguna kekal di tengah bingkai semasa panggilan video FaceTime.

MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499

Ia juga menyokong fungsi Desk View, yang memaparkan pengguna serta pandangan atas meja secara serentak – menjadikan panggilan video lebih interaktif, sama ada untuk menunjukkan projek DIY terkini atau membentangkan prototaip di tempat kerja.

MacBook Air M4_2
MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499

Lain-lain termasuk sokongan Apple Intelligence, 2 port Thunderbolt 4, port pengecasan MagSafe 3, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6E, bicu audio 3.5mm serta Touch ID.

MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499
MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499
MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499
MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499

Kedua-duanya tersedia dalam pilihan warna Sky Blue, Midnight, Starlight dan Silver, bersama kabel pengecas MagSafe yang sepadan dengan warna peranti.

Harga dan ketersediaan

MacBook Air Baharu Kini Rasmi – Cip M4, Harga Bermula RM4,499

Di Malaysia, MacBook Air M4 bagi model 13-inci dan 15-inci masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM4,499 dan RM5,499. Bagi sektor pendidikan, harga bermula RM4,069 dan RM5,069 untuk model 13-inci dan 15-inci.

Namun, buat masa ini ketersediaan untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Apple Perkenal iPad Air Dengan Cip M3 - Harga Bermula RM2,799
  • iPad Dikemas Kini Dengan Cip A16, Storan Minimum 128GB - Harga Bermula RM1,599
  • Apple Perkenal M3 Ultra – Cip Mac Paling Berkuasa Dengan Thunderbolt 5 & Memori Sehingga 512GB
  • Apple Lancar Mac Studio Baharu - Mac Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY