Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple display

Apple Studio Display Dan Apple Studio Display XDR Baharu Dilancar – Harga Bermula RM6,499

Diterbitkan Mac 3, 2026 · Dikemas kini Mac 3, 2026 oleh Amsyar Latif

Apple mengumumkan barisan paparan baharu Studio Display yang direka khas untuk pengguna Mac, daripada pengguna biasa hingga profesional kreatif. Model baharu ini hadir dengan kamera 12MP Center Stage yang kini menyokong Desk View, sistem tiga mikrofon berkualiti studio serta enam pembesar suara dengan Spatial Audio.

Apple display

Studio Display menampilkan skrin 27 inci 5K Retina dengan kecerahan 600 nits dan sokongan warna P3.

Ia turut menyokong Thunderbolt 5 bersama dua port tambahan USB-C, membolehkan sambungan aksesori berkelajuan tinggi atau daisy-chain sehingga empat paparan. Kabel Thunderbolt 5 Pro yang disertakan menawarkan pengecasan sehingga 96W.

Apple display

Bagi pengguna profesional, Studio Display XDR membawa teknologi paparan lebih maju dengan panel 27 inci 5K Retina XDR menggunakan lampu latar mini-LED dan lebih 2,000 zon local dimming.

Ia menyokong sehingga 1000 nits kecerahan SDR dan 2000 nits HDR puncak, nisbah kontras 1,000,000:1, gamut warna P3 dan Adobe RGB, serta kadar segar semula 120Hz dengan Adaptive Sync.

Model ini turut menawarkan pengecasan sehingga 140W menerusi Thunderbolt 5.

Di Malaysia, Studio Display bermula RM6,499 manakala Studio Display XDR bermula RM13,499. Pra-tempahan dibuka mulai 9 Mac dengan pilihan kaca standard atau nano-texture.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • MacBook Pro Dengan Cip M5 Pro, M5 Max Dilancarkan - Harga Bermula RM8,999
  • Apple M5 Pro & M5 Max Rasmi — Cip 18-Teras Dengan GPU 40-Teras Dan 4x Prestasi AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY