Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple holds launch events

Apple Mungkin Perkenal iPhone, AirPods, MacBook “Ultra”

Diterbitkan Mac 9, 2026 · Dikemas kini Mac 9, 2026 oleh Amalina Athman

Apple merancang untuk melancarkan sekurang-kurangnya tiga peranti kelas “Ultra”, lapor Mark Gurman dalam edisi terkini Power On.

Gurman menjelaskan walaupun barisan produk Apple pada kategori rendah sudah lengkap dengan Apple Watch SE, iPad 11, dan MacBook Neo, terdapat “peralihan yang lebih ketara” ke arah peranti lebih premium, iaitu “Ultra”. Antara produk yang dijangka termasuk:

  • iPhone Ultra – Dengan harga sekitar AS$2,000, skrin dalamannya yang besar dan teknologi baharu seperti sensor dalam-skrin, iPhone boleh lipat pertama ini mungkin akan menjadi model paling menonjol berbanding barisan sedia ada. Nama rasmi mungkin “Ultra”, tetapi Apple juga boleh memilih nama lebih literal seperti “Fold”.
  • AirPods Ultra – Dijangka melebihi harga AirPods Pro, peranti ini mungkin dilengkapi kamera computer-vision untuk menghantar data Visual Intelligence kepada Siri.
  • MacBook Ultra – Paparan OLED dengan sokongan sentuhan, yang hampir pasti akan menaikkan harga. Ia kemungkinan berada di atas model M5 Pro dan M5 Max sedia ada.

Menurut Gurman, Apple mungkin tidak menggunakan penjenamaan Ultra untuk kesemua produk berkenaan, walaupun nama Ultra semakin kerap digunakan dalam barisan produk sebelum ini, termasuk Apple Watch Ultra, CarPlay Ultra dan cip Ultra.

Sebagai contoh, model flagship Studio Display yang diperkenalkan baru-baru ini tidak menggunakan nama Ultra, sebaliknya dipanggil Studio Display XDR.

Sama ada ketiga-tiga produk ini dinamakan Ultra atau tidak, Gurman menekankan Apple dijangka terus bergerak ke pasaran premium dengan barisan AirPods, Macbook dan iPhone yang akan datang, merangkumi lebih banyak titik harga dan menyasarkan pelbagai jenis pengguna.

Melangkah ke hadapan, barisan produk lain juga dijangka diperluaskan ke tahap “superpremium”, termasuk iPad dan iMac.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • MacBook Pro Dengan Cip M5 Pro, M5 Max Dilancarkan - Harga Bermula RM8,999
  • MacBook Neo Kini Rasmi - Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499
  • MacBook Neo RM2499: Ini Pandangan Saya Sebagai Pengguna Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY