Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
more personal Siri_

Apple Disaman Kerana Iklan Mengelirukan, Promosi Ciri Apple Intelligence Yang Belum Tersedia

Diterbitkan Mac 21, 2025 · Dikemas kini Mac 21, 2025 oleh Amalina Athman

Apple berdepan tindakan undang-undang atas dakwaan iklan mengelirukan dan persaingan tidak adil selepas menangguhkan ciri Apple Intelligence untuk Siri yang diperkenalkan ketika pelancaran iOS 18 dan iPhone 16, lapor Axios.

Tuntutan itu secara khusus menyasarkan iklan Apple yang mempromosikan keupayaan Siri yang masih belum tersedia, serta mendakwa syarikat itu membuat pengguna percaya bahawa ciri baharu tersebut akan tersedia sebaik iPhone dilancarkan.

Apple juga didakwa mencetuskan “keterujaan luar biasa” yang mendorong jutaan pengguna menaik taraf peranti mereka walaupun tidak diperlukan.

Selepas mengesahkan bahawa ciri ‌Siri‌ akan ditangguhkan hingga tahun hadapan, Apple menarik balik iklan tersebut setelah beberapa bulan disiarkan. Namun, syarikat itu didakwa mengiklankan ciri yang tidak wujud serta terus mempromosikan keupayaan ‌Siri‌ walaupun sudah mengetahui bahawa ia tidak akan tersedia mengikut jadual.

Bertentangan dengan dakwaan defendan (Apple) mengenai keupayaan AI yang canggih, produk yang ditawarkan mempunyai versi Apple Intelligence yang sangat terhad atau langsung tidak tersedia, mengelirukan pengguna tentang kegunaan dan prestasi sebenar. Lebih buruk lagi, defendan mempromosikan produknya berdasarkan keupayaan AI yang dilebih-lebihkan, membuatkan pengguna percaya bahawa mereka membeli peranti dengan ciri yang sebenarnya tidak wujud atau digambarkan secara salah.

Tuntutan itu difailkan di mahkamah San Jose, California, dengan pihak yang terlibat meminta status saman berkumpulan serta ganti rugi bagi pelanggan yang membeli peranti Apple dengan sokongan ‌Apple Intelligence‌.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Beberapa Ciri Apple Intelligence Untuk Siri Ditangguhkan Hingga 2026
  • Kuo: Apple Patut Contohi Steve Jobs Dalam Tangani Kelewatan Apple Intelligence Untuk Siri
  • EU Arah Apple Untuk Buka Ekosistem Peranti Kepada Pesaing

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY