Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Intelligence_Apple

Beberapa Ciri Apple Intelligence Untuk Siri Ditangguhkan Hingga 2026

Diterbitkan Mac 10, 2025 · Dikemas kini Mac 10, 2025 oleh Amalina Athman

Beberapa ciri Apple Intelligence untuk pembantu suara Apple, Siri, akan ditangguhkan sehingga 2026.

Dalam kenyataan kepada Daring Fireball, jurucakap Apple berkata,

Kami juga telah berusaha untuk menjadikan Siri lebih diperibadikan (personalized), memberikannya keupayaan untuk memahami konteks peribadi anda serta keupayaan untuk mengambil tindakan bagi pihak anda dalam dan merentasi aplikasi anda. Ia akan mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan untuk merealisasikan ciri-ciri ini, dan kami menjangkakan ia akan dilancarkan pada tahun akan datang.

Apple tidak memberikan sebab bagi kelewatan tersebut. Namun, syarikat itu sebelum ini menjangkakan ciri berkenaan akan diperkenalkan pada tahun 2025.

Sebagai rujukan, Apple telah pun mengemas kini ‌Siri‌ dengan ciri Apple Intelligence termasuk Type to Siri, rekaan baharu, integrasi ChatGPT serta pemahaman bahasa semula jadi yang lebih canggih.

Bagi ciri lain, khabar angin mencadangkan Apple pada asalnya merancang untuk memperkenalkan lebih banyak ciri Apple Intelligence pada Siri dalam iOS 18.4, tetapi sebelum versi beta pertama iOS 18.4 dikeluarkan, laporan menyatakan bahawa ciri tersebut masih belum bersedia.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2
  • Kuo: Ciri Apple Intelligence Tidak Tarik Minat Ramai Beli iPhone Baharu
  • Apple Intelligence Kelak Bakal Diintegrasi Dengan Google Gemini

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY