Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mac intel

Apple Kini Benarkan Aplikasi Mac App Store Hentikan Sokongan Untuk Mac Intel

Diterbitkan September 2, 2026 ยท Dikemas kini September 2, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini membenarkan pembangun aplikasi di Mac App Store untuk menggugurkan sokongan terhadap Mac berasaskan Intel.

Berdasarkan laporan MacRumors, Apple memaklumkan perubahan ini kepada pembangun menerusi e-mel, yang menyatakan kebenaran tersebut terpakai untuk aplikasi macOS universal di Mac App Store yang memerlukan macOS 13 atau lebih baharu.

“Dengan menggugurkan sokongan untuk komputer Mac berasaskan Intel, anda boleh memudahkan proses pembangunan serta mengoptimumkan saiz muat turun dan saiz aplikasi pada peranti,” kata Apple dalam e-mel yang dihantar kepada pembangun.

Perubahan ini hadir ketika Apple semakin beralih sepenuhnya kepada cip Apple. macOS Tahoe merupakan versi terakhir macOS yang menyokong Mac dengan cip Intel, manakala macOS 27 hanya menyokong Mac dengan cip Apple bermula daripada cip M1.

Pada masa sama, Apple turut mengumumkan perubahan pada Rosetta, teknologi yang membolehkan aplikasi yang dibina untuk Intel dijalankan pada Mac dengan cip Apple. Apple menyatakan macOS 27 akan menjadi keluaran terakhir yang menyokong Rosetta, dengan pengecualian untuk sesetengah permainan lama yang tidak lagi diselenggara dan masih bergantung pada rangka kerja Intel.

Sebelum macOS 27 dilancarkan, pengguna pada macOS 26.4 dan versi lebih baharu mungkin menerima notifikasi apabila membuka aplikasi yang masih bergantung pada Rosetta, dengan Apple menggalakkan mereka beralih kepada versi asli untuk Apple silicon.

Bagi pemilik Mac Intel, perubahan ini tidak bermakna peranti akan terus kehilangan akses kepada aplikasi. Namun, apabila lebih ramai pembangun memilih untuk menggugurkan sokongan untuk Mac berasaskan Intel, sesetengah aplikasi mungkin kekal pada versi terakhir yang serasi dan tidak lagi menerima kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • macOS Tahoe Jadi Versi Terakhir Sokong Mac Dengan Cip Intel
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Apple Perkenal macOS Golden Gate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY