Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Perkenal macOS Golden Gate

Apple Perkenal macOS Golden Gate

Diterbitkan Jun 9, 2026 · Dikemas kini Jun 9, 2026 oleh ariff bukhari

Apple memperkenalkan sistem operasi baharu macOS Golden Gate di WWDC 2026.

Fokus utama adalah pada tiga aspek: peningkatan platform, keselamatan & kepercayaan, serta lonjakan besar dalam Apple Intelligence dan integrasi Siri.

Ciri-ciri baharu macOS menekankan pada perincian reka bentuk dan kelancaran pengalaman pengguna.

Apple menyatakan bahawa mereka bukan sekadar menambah fungsi baharu, tetapi juga memperhalusi ciri sedia ada agar lebih pantas, intuitif, dan mudah digunakan.

Antara perubahan visual termasuk Liquid Glass yang kini lebih fleksibel dengan kawalan ketelusan dan sidebar yang diperluas hingga ke tepi tetingkap.

Apple Perkenal macOS Golden Gate
Apple turut memberireka bentuk baharu pada ikon aplikasi dengan menyepadukan lapisan tambahan liquid glass terus ke dalam karya seni ikon itu sendiri.

Apple menekankan bahawa macOS Golden Gate dibina atas falsafah integrasi rapat antara perkakasan dan perisian, memastikan ekosistem yang lancar untuk pengguna dan pembangun.

Siri pula menerima peningkatan besar dengan ciri AI generasi baharu yang lebih pintar dan responsif.

Apple Perkenal macOS Golden Gate

Malah Apple turut menhabiskan banyak masa mengkaji asas-asas pada sistem oprasi baharu ini seperti penggunaan memori, penggunaan CPU, operasi rangkaian dan lain-lain.

Kesimpulannya, macOS Golden Gate merupakan evolusi macOS yang menekankan kelancaran, keselamatan, dan kecerdasan buatan sebagai teras pengalaman Mac.

Apple Perkenal macOS Golden Gate
Senarai model komputer Apple Macintosh yang akan menyokong macOS 27 Golden Gate.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Apple Kini Tawar Harga Pendidikan Untuk Apple Watch Di Malaysia
  • MacBook Neo Terlalu Berjaya – Apple Terpaksa Gandakan Pengeluaran, Tapi Risiko Harga Naik Masih Ada

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY