Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad A16_2

iPad Dikemas Kini Dengan Cip A16, Storan Minimum 128GB – Harga Bermula RM1,599

Diterbitkan Mac 4, 2025 ยท Dikemas kini Mac 5, 2025 oleh Amalina Athman

Selain iPad Air baharu, Apple turut memperkenalkan iPad generasi ke-11 dengan peningkatan yang lebih berkuasa.

Kini, iPad hadir dengan cip A16 serta storan permulaan sebesar 128GB, sekali gus menandakan berakhirnya era peranti Apple dengan kapasiti storan minimum 64GB.

iPad A16 2025_1

Dengan keupayaan cip A16, Apple mendakwa iPad baharu ini 30% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Malah, jika dibandingkan dengan iPad yang dikuasakan cip A13 Bionic, pengguna akan menikmati peningkatan prestasi keseluruhan sehingga 50%.

iPad Dikemas Kini Dengan Cip A16, Storan Minimum 128GB – Harga Bermula RM1,599

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa model iPad ini tidak didatangkan dengan sokongan Apple Intelligence.

iPad A16 2025_2

Lain-lain termasuk sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, port USB-C dan sebagainya. Empat pilihan warna tersedia iaitu Silver, Blue, Pink dan Yellow.

Harga dan ketersediaan

Berikut merupakan harga permulaan bagi iPad baharu, mengikut pilihan storan yang tersedia:

Wi-Fi

  • 128GB – RM1,599
  • 256GB – RM1,999
  • 512GB – RM2,899

Wi-Fi + Selular

  • 128GB – RM2,299
  • 256GB – RM2,699
  • 512GB – RM3,599

Bagi sektor pendidikan, iPad untuk model Wi-Fi dan Wi-Fi + Selular masing-masing bermula pada harga RM1,509 dan RM2,209. Sama seperti iPad Air M3, buat masa ini ia belum tersedia untuk pasaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Apple Malaysia.

Berkaitan

  • Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C
  • iPad Pro Baharu Dan iPad Gen-10 Kini Tersedia Untuk Pasaran Malaysia
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dengan Kehadiran iPhone 16e, Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu
  • Apple Perkenal iPad Air Dengan Cip M3 - Harga Bermula RM2,799

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY