Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HBO Max Viu_featured image wiser

HBO Max, Viu Bakal Lancar Pakej Baharu – Dua Platform, Satu Harga

Diterbitkan Ogos 13, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 13, 2025 oleh Amalina Athman

HBO Max, bersama platform Viu, bakal memperkenalkan satu pakej langganan baharu yang membolehkan pengguna menikmati kedua-dua perkhidmatan itu dalam satu pelan sahaja.

Menurut The Hollywood Reporter, pakej ini dijangka dilancarkan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand pada suku keempat 2025.

“Dengan akses kepada dua koleksi bertaraf dunia yang saling melengkapi dalam satu langganan, peminat tempatan boleh menikmati lebih banyak pilihan – daripada filem dan siri Hollywood premium hingga kandungan Asia tempatan yang menarik,” kata James Gibbons, Presiden Asia Pasifik Warner Bros. Discovery (WBD) dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pakej langganan ini kelak boleh dibeli secara terus melalui laman web HBO Max dan Viu. Pelanggan HBO Max dan Viu masih boleh mengakses kandungan masing-masing secara berasingan, walaupun kesesuaian kandungan, ciri dan peranti mungkin berbeza mengikut perkhidmatan.

Sejak November 2024, HBO Max telah mula ditawarkan di Malaysia, serta pasaran lain termasuk Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina.

Sebagai rujukan, HBO Max ditawarkan pada harga RM34.90/bulan untuk pelan Standard dan RM52.90/bulan bagi pelan Ultimate. Sementara itu, Viu Premium pula boleh dilanggan pada RM19.90/bulan, RM50 untuk tiga bulan, atau RM120/tahun.

Dengan kehadiran kedua-dua perkhidmatan dalam satu langganan, pengguna boleh menikmati lebih banyak kandungan dengan penjimatan yang lebih baik. Maklumat lanjut mengenai pakej ini dijangka dikongsi dalam beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • Netflix Dan Viu Platform Penstriman Berbayar Paling Popular Di Malaysia
  • Max Kini Tersedia Di Malaysia, Langganan Bermula RM34.90/Bulan
  • Sekali Lagi Tukar Identiti, Max Kembali Jadi HBO Max
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Sumber: The Hollywood Reporter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY