Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple TV+

Apple TV+ Kini Dijenamakan Semula Sebagai Apple TV

Diterbitkan Oktober 14, 2025 oleh Amalina Athman

Tiada lagi Apple TV+. Apple kini mengumumkan penjenamaan semula perkhidmatan penstrimannya sebagai Apple TV, menampilkan identiti baharu yang lebih segar.

Perkara ini disebut secara ringkas di bahagian akhir siaran media terbaharu Apple yang turut mengumumkan tayangan penstriman F1 The Movie pada 12 Disember.

“Apple TV+ kini hanya dikenali sebagai Apple TV, dengan identiti baharu yang lebih segar.”

Setakat ini, laman web rasmi Apple TV masih belum dikemas kini dengan perubahan tersebut.

Namun, penjenamaan semula itu sudah mula kelihatan pada laman siaran media Apple, yang kini menampilkan logo dengan sentuhan pelbagai warna berasaskan Liquid Glass, menggantikan tema kelabu sebelum ini.

Apple TV_
Apple TV dengan logo baharu

Selain itu, rekaan baharu ikon Apple TV turut dikesan dalam kemas kini iOS 26.1 dan tvOS 26.1 beta 3, menampilkan gaya visual yang sepadan dengan identiti baharu tersebut.

Masih belum diketahui sama ada penjenamaan semula ini akan melibatkan sebarang perubahan tambahan selain nama dan logo baharu tersebut.

Berkaitan

  • Aplikasi Apple TV Akhirnya Tiba Di Android
  • Apple Dilapor Akan Perkenal Ciri Carian AI Pada Siri Tahun Depan
  • Apple Mulakan Trend Global: iPhone 17 Air Hanya Sokong eSIM
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY