Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Illustration_Apple Hub

Apple Dilapor Batalkan Rancangan Paparan Anti-Pantulan Untuk iPhone 17

Diterbitkan April 29, 2025 ยท Dikemas kini April 29, 2025 oleh Amalina Athman

Apple mungkin telah membatalkan rancangan untuk menggunakan lapisan paparan anti-pantulan lebih tahan calar pada iPhone 17 Pro, menurut laporan MacRumors yang memetik sumber terdekat.

Sebagai rujukan, pada Mac tahun lalu, peniris Instant Digital pernah mendedahkan bahawa Apple sedang membangunkan lapisan paparan baharu yang bukan sahaja anti-pantulan, malah lebih tahan calar berbanding Ceramic Shield.

Sejak itu, tiada lagi perkembangan lanjut mengenainya, dan kini ia dipercayai mungkin tidak diteruskan kerana tidak berjaya.

Menurut laporan tersebut, Apple menghadapi masalah dalam meningkatkan pengeluaran bagi proses salutan paparan baharu itu. Proses untuk mengaplikasikan salutan itu dikatakan terlalu perlahan apabila mengambil kira berjuta-juta unit peranti yang dihasilkan oleh Apple.

Ketika ini, iPhone sedia ada hanya dilengkapi dengan lapisan oleophobic yang membantu mengurangkan kesan cap jari. Bagi Mac dan iPad Pro, Apple menawarkan paparan nano-texture yang mampu mengurangkan silau, tetapi teknologi itu belum diperluaskan ke iPhone.

Sebagai perbandingan, Samsung telah memperkenalkan panel paparan Gorilla Glass Armor pada Galaxy S24 Ultra, yang berjaya mengurangkan pantulan cahaya sehingga 75% dan 4x lebih tahan calar. Teknologi ini membantu meningkatkan kontras dalam keadaan pencahayaan terang dan menjadikan warna lebih kelihatan jelas dan semula jadi di bawah cahaya matahari atau lampu terang.

Sekiranya model iPhone 17 tidak dilengkapi dengan teknologi anti-pantulan seperti yang dirancang, Apple mungkin akan memperkenalkannya pada model iPhone akan datang apabila proses pengeluarannya lebih lancar dan bersedia.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Gurman: iPhone 17 Pro Dijangka Tidak Menampilkan Perubahan Ketara Pada Rekaan
  • Ini Gambaran Awal iOS 19
  • Kuo: Sekurang-Kurangnya Tiga Model iPhone 17 Akan Dilengkapi 12GB RAM

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY