Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Pro_kredit Apple Hub

Gurman: iPhone 17 Pro Dijangka Tidak Menampilkan Perubahan Ketara Pada Rekaan

Diterbitkan April 7, 2025 ยท Dikemas kini April 7, 2025 oleh Amalina Athman

Khabar angin awal mengenai iPhone 17 Pro mencadangkan kemungkinan perubahan rekaan yang lebih ketara. Namun, laporan terbaru menjangkakan reka bentuknya mungkin lebih mirip dengan model tahun lalu.

Dalam buletin Power On Bloomberg, Mark Gurman berkata ia tidak menjangkakan ‘penampilan baharu yang sangat berani’ pada iPhone 17 Pro. Menurutnya, bahagian hadapan akan kelihatan hampir sama seperti iPhone 16 Pro, manakala bahagian kamera belakang akan kelihatan ‘cukup berbeza’.

Tambahnya, ura-ura mengenai potongan Dynamic Island yang lebih kecil juga mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Beberapa gambar di internet malah menunjukkan reka bentuk dua tona, dengan blok kamera hitam gelap di atas belakang iPhone berwarna perak. Namun, seperti banyak render di internet, itu bukan gambaran yang tepat mengenai apa yang akan datang. Saya diberitahu bahawa iPhone 17 Pro tidak akan mempunyai (panel) belakang dua tona. Kawasan kamera akan mempunyai warna yang sama dengan bahagian lain peranti. Ini menunjukkan perubahan rekaan yang lebih perlahan yang sedang dilakukan oleh Apple: iPhone 17 Pro tidak jauh berbeza dengan model-model semasa.

Secara keseluruhan, reka bentuk iPhone 17 Pro dijangka tidak mengalami perubahan ketara berbanding iPhone 16 Pro. Walaupun konsep reka bentuk bar kamera mungkin akan diteruskan, ia hanya akan disesuaikan dengan warna utama badan iPhone.

Dalam pada itu, Gurman juga menyebut tentang perubahan iPhone yang lebih ketara dijangka muncul pada 2027, bersempena ulang tahun ke-20 iPhone. Kedua-dua model lipat dan model Pro baru yang lebih ‘bold’ akan dilancarkan.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Rekaan Berbeza
  • iPhone 17 Pro Max Mungkin Lebih Tebal Berbanding iPhone 16 Pro Max
  • Sekurang-kurangnya Satu Model iPhone 17 Akan Dilengkapi Sistem Penyejukan 'Vapor Chamber'

Sumber: 9to5Mac

Gambar utama: Apple Hub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY