Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16

Apple Dilapor Akan Tingkatkan Pelaburan Kepada $100 Juta Di Indonesia

Diterbitkan November 21, 2024 ยท Dikemas kini November 21, 2024 oleh Rushsyafizal

Apple kini berjanji untuk melabur $100 juta di Indonesia dalam usaha menghapuskan larangan penjualan siri iPhone 16. Sebelum ini, syarikat itu menghadapi sekatan kerana gagal memenuhi komitmen pelaburan IDR 1.71 trilion (~$107 juta) yang dijanjikan kepada kerajaan Indonesia bagi pembangunan pusat R&D tempatan.

Awal bulan ini, Apple telah mengumumkan pelaburan $10 juta untuk membina kilang aksesori dan komponen di Bandung sebagai langkah awal.

Namun, angka ini kini melonjak sepuluh kali ganda dengan janji pelaburan $100 juta yang akan direalisasikan dalam tempoh dua tahun.

Lokasi spesifik bagi pelaburan tambahan $90 juta masih belum diumumkan, tetapi Apple dijangka mempunyai beberapa pilihan strategik. Salah satunya ialah meminta rakan pengilang seperti Foxconn untuk menyediakan pasukan pembangun di Indonesia.

Indonesia merupakan antara pasaran penting untuk Apple, dianggarkan kira-kira 354 juta telefon mudah alih aktif di negara itu. Apple juga sebelum ini telah menubuhkan empat akademi pembangun di Indonesia untuk melatih pelajar dan jurutera. Dengan suntikkan dana sebesar $100 Juta di Indonesia dilihat ini adalah pelaburan jangka masa panjang apple di negara tersebut.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Bank Islam Lancar Aplikasi, Perbankan Internet Baharu - BIMB Mobile & BIMB Web
  • Shazam Kenal Pasti Lebih 100 Bilion Lagu, "Dance Monkey" Paling Banyak Dicari
  • Kelayakan Piala Dunia 2026, China Vs Jepun Tampilkan Poster Epik Goku Dan Wukong
  • Kadokawa Sahkan Sony Berminat Ambil Alih Syarikat

Sumber: bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY