Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kelayakan Piala Dunia 2026, China Vs Jepun Tampilkan Poster Epik Goku Dan Wukong

Kelayakan Piala Dunia 2026, China Vs Jepun Tampilkan Poster Epik Goku Dan Wukong

Diterbitkan November 21, 2024 · Dikemas kini November 22, 2024 oleh ariff bukhari

Menghangatkan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 bagi rantau Asia antara China dan Jepun, China menampilkan poster yang cukup  epik dan kreatif.

Poster itu memaparkan watak popular anime Jepun iaitu Son Goku dari siri Dragon Ball dalam gaya Super Saiya dalam keadaan sedia bertarung dengan Sun Wukong, Raja Monyet dari legenda mitologi China.

poster china vs jepun
Poster itu turut memaparkan frasa, “Kami mungkin dikalahkan, tetapi kami tidak akan pernah dirobohkan,” mencerminkan pasukan bola sepak China dan penyokongnya yang berdepan Jepun sebagai pasukan yang lebih kuat.
Kelayakan Piala Dunia 2026, China Vs Jepun Tampilkan Poster Epik Goku Dan Wukong

Perlawanan itu yang sudah pun berlangsung di Stadium Xiamen Egret pada 19 November lalu telah berakhir dengan keputusan yang menyaksikan Jepun menewaskan China dengan jaringan 3 berbalas 1.

Nama Sun Wukong telah menjadi tumpuan baru-baru ini selepas kemunculan permainan Black Myth: Wukong, sebuah permainan yang dibangunkan oleh China Game Science.

Permainan ini telah memperkenalkan generasi baharu kepada watak, jalan cerita dan serta kualiti visual yang menakjubkan.

Son Goku dari anime Dragon Ball pula kini kembali popular dengan tayangan siri anime baharu, Dragon Ball Daima.

Berkaitan

  • Black Myth: Wukong Kini Jadi Permainan Kedua Paling Tinggi Dimainkan Di Steam
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Siri vivo X200 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM3,599

Sumber: Anime News And Facts, Dragon Ball Exclusive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY